Syura selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Johor Bharu, Johor pada pukul 9.01 malam, Isnin. Syura atau Zuraidah Badron, 37, berkata, bayi seberat 2.5 kilogram itu dilahirkan secara normal dan memilih untuk bersalin di Johor kerana sebelum ini doktor yang sama menyambut kelahiran tiga anaknya sebelum ini.
Kata Syura, dia juga berasa bimbang jika berlaku sebarang komplikasi atau perlu melahirkan secara pembedahan apatah lagi ini kali pertama dia bersalin dalam tempoh 12 tahun. "Syukur Alhamdulillah proses bersalin semua dipermudahkan. Saya pilih untuk bersalin di sini (Johor) sebab bimbang jika perlu dibedah, maklumlah usia pun sudah meningkat. "Selepas 12 tahun, pelbagai perasaan yang saya rasakan. Memang teruja tapi dalam masa sama ada sedikit rasa janggal. Walaupun sudah ada tiga anak, saya anggap ini adalah pengalaman baru," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.
|
..Mestilah suami teruja sebab ini kali pertama dia bergelar seorang ayah..
Nizleen86 replied at 15-3-2023 02:05 AM
Sampai beranak dah dia ni..kes ct nana dah settle belum?
ADVERTISEMENT