Siapa sahaja tidak mengenali nama Lee Minho yang turut menjadi pujaan peminat drama Korea Selatan. Malah, jika membuat promosi menggunakan nama Minho, pasti laku keras!
Taktik sama diguna sebuah kedai pencuci kereta di Tuaran, Sabah seperti dikongsi group Facebook Sabah Boleh Bah. Ia menggunakan banting bertulis “Lee Min Ho Pernah Cuci Kereta Di Tuaran". Namun, jika diperhatikan betul-betul, tertulis perkataan 'tidak' yang menggunakan ukuran yang sangat kecil. Ramai netizen terhibur dengan taktik pemasaran itu meninggalkan komen lucu pada hantaran berkenaan. - CARI
|
ADVERTISEMENT