CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Cepat Betulkan Mana Yang Longgar Dan Silap,"-Sharnaaz Minta Hafidz Roshdi Terus Kuat

14-3-2023 03:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5489| Komen: 24

Sharnaaz Ahmad, 38, menitipkan kata-kata semangat buat  Hafidz Roshdi, 29, susulan kes perceraiannya serta beritanya mengalami masalah psikiatri.

Sharnaaz mendoakan pelakon itu diberikan kesembuhan dan kuat berdepan dugaan menimpanya.


"Nota buat Hafidz. Sahabat, dunia ini kadang-kadang pelik. Allah tengah uji awak dan keluarga, terus kuat buat awak dan isteri.

"Cepat-cepat sembuh dan kembali perbetulkan mana-mana yang longgar dan silap. Kamu boleh harungi ini, sahabat!" katanya.

Foto: IG

Pelakon filem Polis Evo 3 itu turut memohon orang ramai agar berhenti mengeruhkan lagi keadaan terhadap konflik antara Hafidz dan isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri, 29.

"2.1 juta yang 'follow' aku ini, tolonglah jangan mencurah minyak pada api. Semoga dia kembali sihat, dan isterinya kembali mencari kebahagiaan walau bukan bersama dia.

"Cuba ambil yang positif. Tak cukupkah negatif dalam harian kita?" katanya.

Semalam, Hafidz dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menumbuk hingga mencederakan Nurul Shuhada dalam kejadian di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Selangor pada 2 Mac lalu.




Hafidz mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Siti Fatimah Talib.

Mahkamah memerintahkan Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi diikat jamin sebanyak RM4,000 selain perlu menjalani rawatan psikiatri dan pemeriksaan di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak pada 28 Mac ini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote penjarasgbuloh 14-3-2023 03:55 PM
ni baru betul gentleman.....
Quote rogayahtop 14-3-2023 04:01 PM
takde nombor tepon ke nok calling2 je lah senang sesama jantan?

sepatutnya sis bgtahu 2.1m follower tu jangan pukul bini, beli beras, jangan dok bersangapan dgn ex biler dah berbini.

tp sheols pun ada good repo ke nak bg nasihat psl perkahwinan
Quote dua_chzy 14-3-2023 04:03 PM
rogayahtop replied at 14-3-2023 08:01 AM
takde nombor tepon ke nok calling2 je lah senang sesama jantan?

sepatutnya sis bgtahu 2.1m followe ...

Ntah. Masa dengan Kak Nab dulu pun Kak Nab dan mak rimau Tini yang jadik provider.
Quote shalalat 14-3-2023 04:40 PM
Takde nota utk mak jj ke? Yihhhhh
Quote dudaberhias 14-3-2023 04:44 PM
apa2 je lah sabut nyoq... hang senang la nak nasihat itu ini sebab hang masa dengan kak nab hang yang jadi bini... bukannya jadi laki orang pun...
Quote missHaidiD 14-3-2023 04:47 PM
Nak jgk mencapub
Quote cahaya_almas 14-3-2023 04:50 PM
Tak dpt nak betulkan dah...kalau tk tumbuk .gki  leh rujuk..ni dah mental lak..jgnlah
Quote shernazz 14-3-2023 06:18 PM
Sabut kelapa kalau boleh bercakap..mesti dia malu disamakan dgn beard si sanaz neh...geli..
Quote ReginaGeorge 14-3-2023 06:22 PM
Tak maluna nak nasihatkan org. Diri sendiri tak boleh control bini. Dapat anak terus di bye2 kan..
Quote nakkomenjugak 14-3-2023 11:55 PM
*side eye*

look who's talking.
Quote Momohizan 15-3-2023 12:59 AM
Kaki pukul support another kaki pukul. Ketahian sungguh!
Quote fcl29 15-3-2023 01:18 AM
yelah nanas oi.. dah kantoi br sibuk nk betulkan.. selagi x kantoi, saje wat seksa bini
Quote adelea 15-3-2023 01:31 AM
Kenapa aku rasa cam shuhada mencederakan diri sendiri … wakaka
Quote galleria23 15-3-2023 02:18 AM
adelea replied at 15-3-2023 01:31 AM
Kenapa aku rasa cam shuhada mencederakan diri sendiri … wakaka

Bodohnya komen kau ni. Wakaka.
Quote winky1 15-3-2023 02:25 AM
Poddah...
Sendiri lingkup
Quote pujanggacinta 15-3-2023 02:34 AM
kepochi & still kaki sindir org lain
rumah hang tarak cermin ka...
Quote Joysparta 15-3-2023 03:09 AM
2x5 hang mamu .

Hang pun pukui org apa cita ...

Ngn sskjp lgsg tak berkutik hang ehh
Quote makcun14 15-3-2023 03:12 AM
nanaz ada adik beradik perempuan kan. kalau kakak dia yang kena dera ken tumbuk ngan suami tak naik hangin ke?
nak positif kena bertempat.
Quote LadyCarefree 15-3-2023 03:54 AM
galleria23 replied at 15-3-2023 01:18 AM
Bodohnya komen kau ni. Wakaka.

Tengoklah siapa yg komen tu. Apa nak heran dengan dia ni.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.231385 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top