Seorang individu menjadi buruan polis selepas dia bukan sahaja merompak, malah melakukan gangguan seksual terhadap seorang pemilik kedai. Aksi tidak senonoh itu dirakamkan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular dimedia sosial.
Dalam rakaman tersebut, suspek dilihat memakai jaket berwarna hitam dan memakai topi keledar telah meletakkan motosikalnya di luar kedai. Suspek kemudian memasuki kedai tersebut lalu mengancam mangsa yang berusia 19 tahun dengan mengacukan sepucuk pistol. Menurut pihak polis, suspek merompak kesemua wang tunai sebelum melakukan serangan seksual terhadap mangsa yang merupakan pemilik kedai. Mangsa dan ibunya menyewa sebuah rumah untuk mereka mengusahakan kedai di wilayah Nakhon Thammarat, Thailand. -CARI Sumber: mStar/ Thaiger
|
ADVERTISEMENT