Sebuah syarikat swasta mengakui tiada 'bayaran' yang diberikan kepada pelatih sepanjang tempoh latihan praktikal di syarikat tersebut. "Kami tidak membayar gaji untuk internship (latihan praktikal). Latihan ini adalah untuk anda belajar.
"Sebetulnya, pelajar pelatih yang sepatutnya membayar syarikat untuk mengajar mereka untuk melakukan pekerjaan itu," kata wakil syarikat menerusi satu kiriman mesej yang tular. Menurut wakil berkenaan, sesetengah syarikat membayar pelatih kerana mereka mahu mendapatkan tenaga pekerja yang murah dan bukannya memberi kemahiran kepada pelatih. "Jadi, kamu nak ilmu atau nak duit? "Kami sentiasa melatih pelatih untuk mengembangkan kemahiran mereka. Itulah kepakaran kami," ujarnya lagi dalam mesej tersebut, tanpa mendedahkan identiti dan lokasi syarikat. Tangkap layar mesej itu dimuat naik di grup Facebook dan seorang pengguna mengandaikan syarikat tersebut mungkin tidak berkemampuan untuk memberi elaun kepada pelatih.
"Pemilik syarikat B40 kot. Prasangka baik," tulisnya. Di ruangan komen, timbul pelbagai pendapat dan hujah mengenai sama ada seseorang pelatih yang menjalankan latihan praktikal wajar diberikan elaun atau tidak. "Masuk kolej cari ilmu teori, tak ada pula minta kolej atau pensyarah bayar. Pergi syarikat cari ilmu praktikal berani pula minta syarikat upah. Kalau syarikat tu nak bagi token itu rezeki, tapi tidak usah berharap kerja intern kau tu sama macam kerja yang orang mereka ambil. "Kasihan budak nak pakai duit untuk (kos) pengangkutan dan makan. Kalau famili M40 dengan T20 okay la. "Itu dia nak suruh kau jadi kuli dia. "Kami mahu kedua-duanya! (ilmu dan elaun)," demikian antara komen netizen. Dilaporkan, pada masa ini syarikat-syarikat swasta yang mengambil pelatih untuk menjalani latihan industri membayar elaun mengikut budi bicara mereka. Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh sebelum ini dilaporkan berkata, cadangan untuk mewajibkan pembayaran elaun kepada pelajar yang menjalani latihan industri di sektor swasta seperti yang dilakukan di sektor awam, akan dibawa ke Kabinet untuk diberi pertimbangan. Beliau berkata Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia perlu membincangkan kebaikan dan keburukan melaksanakan cadangan tersebut. -CARI Sumber: mStar Online
|
matamata replied at 14-3-2023 09:22 AM
Kerajaan boleh tetapkan utk bayar elaun kat intern tp pada masa yg sama industri ada hak untuk terim ...
hashashes replied at 14-3-2023 09:31 AM
Tak ingat sangat masa aku intern kat pnb dulu dapat berapa ratus sebulan, ntah 3 ke 500. Kwn2 aku yg ...
ADVERTISEMENT