CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perkara Haram Nak Dihalalkan- Trend 'Sulam Nama' Mula Jadi Kegilaan Remaja, Macam Tatu Tapi Hanya Kekal 3 Bulan

14-3-2023 08:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7651| Komen: 40

'Sulam nama' menjadi trend dalam kalangan remaja.

Prosedur ini umpama mencacah tatu di badan namun ia dikatakan bukan bersifat kekal.

Difahamkan perkhidmatan sulam nama yang disediakan pakar kecantikan ini boleh hilang dalam masa tiga bulan sehingga setahun.




Malah spa dan beberapa klinik kecantikan juga turut mempromosikan teknik sulaman ini dengan mengatakan ia bukan mencacah tatu.

Susulan itu orang ramai mula cemas dengan penularan trend berkenaan kerana dibimbangi menjadi ikutan anak muda beragama Islam.

“Sayang... ini cara mencacah tatu. Panggillah ia sulam, silam atau salam pun, tatu tetap tatu.

“Memanglah tak kekal lama sebab prosedur tak menembusi cukup dalam (kulit) untuk menjadi lebih kekal... But this is still tattooing,” tulis pelayar Twitter yang berkongsi video berkenaan.



Hantaran itu ternyata turut tidak disenangi ramai yang rata-rata mengingatkan bahawa mencacah tatu atau sulam nama ini juga bertentangan dengan hukum syarak kerana tidak boleh ditanggalkan dan bukan telus air.

"Nak sedapkan hati cakap sulam.

"Bersungguh nak halalkan sesuatu benda atau cara. Sama macam sulam bedak, pemerah pipi dan bibir. Banyak spa dan beautician buat servis ni.

"Sebenarnya saya ingin tahu tentang perkara ini lepas tengok di TikTok. Bila tanya artis pencacah tatu, mereka cakap ia akan pudar lepas satu hingga dua tahun.

"Tapi andai kata saya meninggal lagi tiga bulan. Adakah ia masih akan pudar? Dan mereka berkata tidak. Jika anda mati, air mengalir dari badan, dan tatu kekal selama-lamanya," komen netizen.

Untuk rekod perbuatan membuat tanda atau lukisan pada mana-mana anggota tubuh secara kekal seperti muka, lengan dan belakang adalah haram dan dilaknat oleh Allah.

Perkara itu dihuraikan secara panjang lebar di portal e-Sumber Maklumat Fatwa (e-SMAF) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 14-3-2023 08:33 AM
Hmm.

Sedangkan sulam bedak pun harom.
Quote Samerosie 14-3-2023 08:35 AM
Aneh2 je.  Pakai je la permanent marker pen tu oun samagak 2-3 bulan baru hilang.  Anywaya alang2 nak bertatoo teruskan je la real tatoo leoas tu tutup lak dgn rambut so sama je la.  Tatoo kat tets ke tutup gak kan.
Quote cattiecute 14-3-2023 08:39 AM
aku ni takde la alim mana pun
semayang pun ada jugak culas2 tapi kalau dah nama sulam2 ke kulit kita pastu tahan 2 3 tahun itu namanya tatoo la odooooo
cuma tak permanent ja la.
berkat ke bisnes macam tu menipu orang kata sulam tu bukan tatoo
Quote Skuau 14-3-2023 08:56 AM
kita talak tipu(bukan tatu la)...kita pandai meniaga(sulam jer...nanti hilang la)-Kekdahnya.
Quote zarulnazmi 14-3-2023 09:10 AM
jarum halus iblis cuba mencucuk dengan mengatakan "bukan tatu sebenar" dan "tidak bersifat kekal". padahal kalau orang-orang yang beragama Islam pakai tetap tak sah wuduk dan mandi wajib sebab tak dapat ratakan air pada anggota tubuh.
Quote Simunggu 14-3-2023 09:11 AM
Allahuakhbar...mana sah air wuduk/ mandi wajib tu..tak solatkah 1-2 thn?
Quote takayama 14-3-2023 09:31 AM
memcm sulam sekrg ni
yg kaka tahu menyulam kasih sayang dan sulam kat kain tu jer
ni sulam bedak, sulam entah apa dan sekrg sulam nama
saperlah yg buat inovasi dan founder utk benda2 camnie
Quote dudaberhias 14-3-2023 09:35 AM
motippp nak memburukkan lagi kulit dan rupa yang sedia buruk dengan sulam2 macamni??? tulis je la pakai marker pen kalau nak sangat pun, lain la ko sulam tu nama tu meletop2 ala2 pakai font... ni takat taraf2 budak tadika tulis je pun gigih nak tatu/sulam.. tulis je la pakai marker pen
Quote prince_marhaen 14-3-2023 10:17 AM
Dah lah bodoh, pastu tulisan tak cantik pulak tu...hahahaha...dah alang-alang nak cacah, baik pergi dekat pro tattoo artist.... miskin lettuwww tapi acah-acah urban woke.... yihhh!
Quote mzzenma 14-3-2023 10:21 AM
buruk ye tulisan tu..comel lagi tattoo yg tampal2 dekat kertas chewing gum tu
Quote sayurmayur88 14-3-2023 10:36 AM
alahai bodohnya lah...
nak salah kan siapa pon tak taulah, rasanya didikan agama basic kat skolah/rumah dah ada kot, budak2 zaman sekarang ni !!
terlalu open minded pon akan merosakkan diri sendiri jugak !!
Quote ifanonline 14-3-2023 10:37 AM
pengikut2 dajjal dah mula tiba
Quote SWORKS27 14-3-2023 10:38 AM
Menteri Agama PH..cepat2 la keluar garispanduan....
Quote awanearisu 14-3-2023 10:40 AM
Perkataan baru untuk memutihkan tatu atau cacah: sulam
Quote ninja boy 14-3-2023 10:40 AM
Edited by ninja boy at 14-3-2023 10:41 AM

Zaman skrg ramai ja cukur kening, hias kuku, menampakkan perhiasan anting2 terkeluar, tunjuk rantai tudung sanggul dll perkara senang utk dihidari x boleh ikut
Quote Kurex 14-3-2023 10:42 AM
Dari beria buat sulam ni, baik kau pergi sental kerak2 dekat kulit tu. Lebih berpekdah. Ni dgn tulisan buruk, kulit pun buruk.
Quote ms.koala 14-3-2023 10:43 AM
Tringat zaman sekolah dulu2. Budak2 zaman tu pi toreh kt tangan nama bf memasing.bodohnya lahai
Quote selipar_hijau 14-3-2023 10:54 AM
Awat huduh sangat sulam tu. Alang2 nak kena cerca ngn netijen buat la sulam design elok2 sikitt
Quote HabukBesi 14-3-2023 11:19 AM
ms.koala replied at 14-3-2023 10:43 AM
Tringat zaman sekolah dulu2. Budak2 zaman tu pi toreh kt tangan nama bf memasing.bodohnya lahai

dulu ramai zmn skolah yang bakar duit syiling pastu lekap kt dagu buat lain... ntah apa2 ntah

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.043090 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top