CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Saman Isteri Sebab Sorok Wang Loteri Lebih RM1.5 Juta

13-3-2023 05:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11015| Komen: 3

BANGKOK – Seorang lelaki Thai meminta tolong daripada seorang peguam popular untuk memfailkan saman terhadap isterinya yang dia dakwa menyembunyikan wang kemenangan loteri 12 juta baht (RM1,556,653) daripada pengetahuannya.


Thaiger melaporkan, wanita itu bertegas bahawa dia telah berpisah dengan suaminya beberapa tahun sebelum memenangi wang loteri tersebut dan berkahwin semula. Pengadu bagaimanapun mendakwa bahawa dia tidak tahu menahu tentang perpisahan yang dimaksudkan.

Lelaki berumur 47 tahun dinamakan Narin itu berjumpa peguam Narong Kaewphet pada Sabtu lalu untuk memfailkan saman terhadap isterinya.


Foto: thaiger

Menurut Narin, dia mengahwini isterinya, Chaweewan, 43,  20 tahun lalu di wilayah Chaiyaphum, rantau Isaan dan mereka mempunyai tiga anak perempuan.

Katanya,   keluarga berkenaan mempunyai hutang lebih 2 juta baht (RM259,442) justeru, mereka memilih berpindah ke Korea Selatan dalam tahun 2014 untuk bekerja mendapatkan wang bagi membayar balik hutang tersebut.


Narin terus bekerja di korea Selatan dan menghantar antara  27,000 (RM3,502) hingga 30,000 baht (RM4,151) setiap bulan kepada keluarganya selepas Chaweewan pulang ke Thailand untuk menjaga anak-anak perempuan mereka.

Lelaki itu kemudian mengetahui daripada anak perempuannya bahawa Chaweewan memperoleh wang loteri 12 juta baht   tetapi menyembunyikan kemenangan itu daripadanya. Narin cuba menghubungi isterinya tetapi tidak diendahkan. 

Narin kemudian pulang ke Thailand pada 3 Mac lalu untuk berdepan dengan Chaweewan tetapi mendapati dia telah berkahwin dengan kekasih baharu, kata seorang pegawai polis.

“Saya terkejut dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Saya kecewa. Saya tidak menyangka  isteri saya selama 20 tahun akan melakukan ini kepada saya. Saya hanya mempunyai 60,000 baht (RM7,783) dalam akaun bank saya kerana saya memberi wang kepadanya setiap bulan. Saya mahu menuntut keadilan dan wang yang saya layak,” kata Narin.

Lelaki itu mengaku tidak menandatangani sijil perkahwinan rasmi dengan isterinya. Peguamnya bagaimanapun  menegaskan bahawa Narin mempunyai hak terhadap wang itu walaupun mereka tidak mempunyai sijil perkahwinan rasmi.

Saudara-mara dan orang lain tahu tentang hubungan mereka dan itu sudah cukup untuk menjadikannya rasmi, katanya. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _blackbird 13-3-2023 06:43 PM
entah siapa yg salah... ku tak tahu....
Quote zarulnazmi 14-3-2023 09:14 AM
Lelaki itu mengaku tidak menandatangani sijil perkahwinan rasmi dengan isterinya. Peguamnya bagaimanapun  menegaskan bahawa Narin mempunyai hak terhadap wang itu walaupun mereka tidak mempunyai sijil perkahwinan rasmi.

Saudara-mara dan orang lain tahu tentang hubungan mereka dan itu sudah cukup untuk menjadikannya rasmi, katanya.


Bila peguam yang bercakap, dah macam jadi undang-undang. Tiba-tiba perkahwinan dikira sah guna alasan sudara-mara dan orang lain tahu.
Quote duri_durians 14-3-2023 09:47 AM
kesian gak mamat ni. banyak ribu dia bagi tiap bulan.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.035260 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top