Mimi Rahzia mendakwa dia adalah antara individu yang tertipu dengan skim pelaburan mata wang kripto milik Datuk Seri Vida iaitu Lavida Coin (DSV Crypto Club, LUX Galaxies and VI Profit Galaxy) pada 2018.
Menurut pelakon kelahiran Brunei yang aktif berlakon di Malaysia pada 2007 berkata, dia tertarik menyertai pelaburan itu menerusi ajakan seorang kawan. "Katanya DSV akan buat satu platform dimana orang boleh gandakan duit menggunakan program ini. Saya yakin kerana dia orang bisnes yang berpengaruh, bukan 'scammer'. "Saya dah lupa berapa jumlah pelaburan, tapi rasanya dalam beberapa ribu Dollar Brunei. Tak banyak pun kerana saya banyak tertipu dengan skim lain sebelum itu. "Tapi, saya rasa nak masuk sedikit saja hanya kerana nak tengok betul atau tidak mereka boleh jalankan program ini," katanya kepada Harian Metro.
Mimi yang kini menetap di Brunei dan aktif berlakon di sana berkata, selepas menerima duit, pihak berkenaan langsung tidak memaklumkan perkembangan semasa program itu. "Tiada mana-mana pihak yang ambil tanggungjawab langsung. Semasa perjumpaan di sebuah hotel, kami dijanjikan pulangan dan diberitahu pembangunan dan perancangan mereka. "DSV hadir dan kami duduk semeja. Bila dapat jumpa dan bercakap memang saya yakinlah. Dengarnya di Singapura pun ramai yang masuk. "Semasa saya datang ke Malaysia, saya dijemput hadir ke majlis pelancaran. Kehadiran memang penuh. Ada yang buat 'transfer' (pemindahan) terus wang mereka. Memang betul, saya dapati jumlah yang terkumpul berjuta-juta," katanya. Selain melabur, mereka dijanjikan komisen jika berjaya membawa masuk pelabur lain. "Ramai yang melabur, tapi DSV tak sempat realisasikan apa yang dikata. Kami ada satu WhatsApp berkumpulan, tapi tiada apa-apa. Mereka hilang begitu saja. "Rasanya pelan mereka gagal. Tapi sekurang-kurangnya pulangkan 80 peratus wang pelabur kerana mungkin sebahagiannya digunakan untuk anjur program. "Mereka ada rekod wang masuk. Baguslah sekarang perkara ini dah mula didedahkan," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
eely_shana replied at 13-3-2023 08:54 PM
Sape pulak mimi ni
ADVERTISEMENT