CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Susah Ereksi, Tak Boleh Buat Seks- Lelaki Tuntut RM300 Ribu, Zakar Jadi Pendek 2 Inci Lepas Pembedahan

13-3-2023 09:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1015| Komen: 0

MADRID –  Seorang pesakit menuntut ganti rugi hampir £60,000 (RM326,325) berikutan  kemaluannya yang bengkok berakhir 5.99 sentimeter (2 inci) lebih pendek selepas menjalani pembedahan pembetulan di Sepanyol.


 ailOnline melaporkan, lelaki itu menuntut pampasan £59,714 (RM324,770) daripada Perkhidmatan Kesihatan Murcian, selatan Sepanyol. Ia berikutan pembedahan membetulkan zakarnya mengakibatkan saiz organ tersebut berubah, demikian menurut media tempatan.

Lelaki itu berkata, dia juga tidak dapat mengekalkan ereksi dan melakukan hubungan intim.

Gambar Hiasan

Dalam tuntutan di mahkamah, lelaki yang namanya tidak didedahkan kerana faktor privasi itu berkata,  dia menjadi mangsa kecuaian Hospital Cartagena kerana tiada siapa memberi amaran kepadanya tentang risiko pembedahan tersebut.

Lelaki tersebut juga berkata bahawa dia kemudian pergi ke Hospital La Fe di Valencia, di mana doktor telah memberitahunya bahawa masalah yang dihadapinya itu tidak dapat dipulihkan.


Bagaimanapun, Majlis Undang-undang Wilayah Murcia (CJRM) dilaporkan menolak dakwaannya dan  berkata, doktor di Hospital Cartagena telah memberitahu pesakit tentang kemungkinan pembedahan itu boleh menyebabkan dia mempunyai zakar lebih pendek.

Pada masa ini tidak jelas sama ada lelaki itu merancang untuk merayu keputusan CJRM atau membawa kesnya ke mahkamah  lebih tinggi. – CARI

Sumber: Kosmo 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.172553 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top