CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Kebuluran Diseksa Suami 11 Bulan, Dikurung Sebab Takut Dimiliki Orang Lain

13-3-2023 09:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1341| Komen: 2

Seorang suami tergamak mengurung isterinya selama 11 bulan.

Berat badan wanita malang itu bukan sahaja menyusut dan wajahnya pucat, malah dalam keadaan terpinga-pinga sewaktu ditemukan.


Dalam kejadian yang berlaku di Situbondo di Jawa Timur, Indonesia, isteri berusia 23 tahun itu dikurung selama 11 bulan sejak April 2022 sehingga Mac tahun ini.

Suspek mengambil kesempatan di atas keadaan mangsa yang ketika itu menghadapi masalah dengan keluarganya lantas membuat keputusan untuk keluar dari rumah.


Foto: Kompas

Kononnya mahu membantu, suspek kemudian memujuk mangsa untuk mengikutnya, malah menjanjikan pekerjaan.

"Saya tak tahu bila proses kahwin, tiba-tiba kami kahwin macam tu, dia yang uruskan," ujar mangsa.

Mangsa beberapa kali merayu untuk pulang tetapi suspek berkeras tidak membenarkannya kerana tidak mahu kehilangannya.


"Dia beritahu lebih baik jika saya mati supaya tiada siapa boleh memiliki saya," katanya yang pernah dipukul dan mulut ditutup apabila lelaki berkenaan mengamuk.

Menurut ibu mangsa, sepanjang 11 bulan itu dia bimbang anaknya itu hilang dan meninggal dunia.

Walau bagaimanapun, dia hanya berserah kepada Tuhan dan berdoa setiap malam.

"Anak dan cucu saya dikurung. Mereka juga jarang diberi makanan," katanya.

Penemuan mangsa apabila sepupunya dapat mengesan lokasi berdasarkan telefon bimbit mangsa tiba-tiba aktif.

Sepupunya kemudian meminta supaya dikongsi lokasi dan memecah masuk ke rumah mangsa dikurung.

"Itulah pertama kali saya melihat mangsa dan anaknya yang sangat pucat, badannya sangat kurus," kata sepupu mangsa, Sofyan.

Sementara itu, bapa mangsa mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pelaku yang disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan.

"Perkahwinan tidak berdaftar adalah tidak sah kerana tiada wali atau saksi daripada keluarga kami.

"Dia sudah ada isteri dan anak, itu yang membuatkan saya sejak awal tidak bersetuju dia datang mahu anak saya," katanya.

Ketua Unit Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak (PPA) Polis Situbondo, Aipda Indah pula berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kes yang dilaporkan mangsa.

Sebagai peringatan, perbuatan berbentuk zalim dan keganasan ini bukan sahaja salah dari segi undang-undang malah turut dilarang dalam Islam, maka semua pihak perlu menjauhinya.-CARI

Sumber: mStar/ Kompas

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 13-3-2023 10:18 AM
Maybe anaknya cantik kot...TU jantan.tu tergilakan pompuan tu
Sian ayahnya...
Quote Suchi 13-3-2023 11:20 AM
Anak dia ibu tunggal ke?
Ini sama mcm kes kat seremban tu jer

Kekasih acik gomen ibu tunggal ngn anak pompuan dia.
Budak tu kena dera sampai mati, si mak tak mati tapi teruk la kaki patah bagai
Ntah apa update kes tu, tetiba senyap gitu

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.053380 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top