CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Buat Kerja Loading Stock Bersepah Tengah Laluan,"- Wanita Label Budak Kampung Lepasan SPM Tak Ada Adab

13-3-2023 09:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2201| Komen: 12

Seorang individu 'memukul rata' dengan menyifatkan staf di sebuah kedai peralatan serba guna sebagai tidak beradab.

Wanita terbabit dikecam selepas berkongsi pengalamannya di media sosial ketika berkunjung ke salah satu cawangan kedai berkenaan.


"Staf kat sini kebanyakan budak kampung yang menganggur sejak SPM. Zero manners. Dah la jenis buat kerja loading stock bersepah tengah laluan. Apabila customer nak lalu, mengeluh," tulisnya di Twitter.


Gambar Hiasan

Seperti mana yang dijangka, ciapan tersebut mengundang kemarahan majoriti warga maya bukan hanya kerana tindakannya 'memukul rata' staf di kedai berkenaan kononnya tidak beradab, malah penggunaan perkataan 'budak kampung lepasan SPM' (Sijil Pelajaran Malaysia) disifatkan sebagai satu penghinaan.

Bukan hanya mendapat kecaman di Twitter, malah ciapannya turut 'melarat' di aplikasi TikTok selepas ia turut dikongsikan oleh seorang individu.


Dalam perkongsian di TikTok, individu berkenaan tampil menegur tindakan wanita berkenaan kerana disifatkan mempunyai mindset yang kolot.

"Kadang awak merasa selesa dengan kedudukan dan darjat kehidupan yang ada. Mungkin pekerjaan awak yang paling bagus. Hina ke budak kampung jika lepasan SPM pun nak cari kerja?

"Saya sendiri pernah lihat budak SPM mohon kerja tanpa malu dan segan. Sebak rasanya sebab dia ambil keputusan lepas SPM untuk bekerja.

"Walaupun saya tak bekerja dekat situ pun, amat terkesan dengan perkataan budak kampung lepasan SPM yang menganggur tu, no manners. Kalau sis rasa adab sis lebih baik daripada kami yang budak kampung, saya rasa sis perlu perbetulkan teguran sis.

"Jangan dianggap kurang ajar tapi tunjukkan contoh yang betul untuk orang menghormati kita. Saya tahu awak takkan terima teguran tapi ubah mindset awak yang kolot," tulisnya.

Dalam pada itu, menjengah di ruangan komen, majoriti warga maya turut sependapat dengan individu berkenaan malah memuji 'budak kampung' yang langsung tidak memilih pekerjaan.

"Mereka tak tahu kebanyakan budak kampung ni bekerja untuk menyara keluarga. Mereka anak yang kuat. Mereka anak yang Allah pilih untuk bantu keluarga

"Janganlah kita bersikap sombong dan angkuh kerana di dunia ini hanyalah pinjaman Allah

"Apa yang kita cakap mencerminkan adab kita.

"Hargailah budak kampung yang tinggalkan kampung untuk mencari rezeki," demikian antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shi_jewel 13-3-2023 09:25 AM
budak kampung atau bandar sama je...sbb perangai buruk tu adalah dari individu itu sendiri...

budak bandar ada yg baik, budak kampung ada juga yg baik.

Quote ZamZamAlaKazam 13-3-2023 09:31 AM
... sanggup nak kerja tu dah cukup bagus.

ramai je yg tak nak kerja, baik pekan mahupun kampung ...
Quote jijahmomon 13-3-2023 09:40 AM
mesti masuk kedai eco @ diy...dia pun sengkek, kalau kaya tak der masuk kedai mcm tu
Quote Skuau 13-3-2023 09:44 AM
Udah nurul & kj yg xde kerja pas kalah aritu TAK NAK minta kerja kt sini...yg ni TINGGI ILMUNYA.Tinggal la bdk kampung spm yg sanggup buat.
Quote shernazz 13-3-2023 09:59 AM
Biasa banyak barang ni diy atau speedmart..
Speedmart tu dah biasa sebab hari2 barang depa masuk kan...
Speedmart
Quote Atata 13-3-2023 10:01 AM
Budak2 sekarang mmg xda comman sense. Mcm xleh fikir cara kerja dorang tu halang laluan ke apa ka.
Quote blue_blur 13-3-2023 10:12 AM
ammek dia.... tu la gatal sangat suka2 kelas kan orang ikut b/m/t, spm/diploma/degree/masta/phd...

benda tu semua tak cermin kan keperibadian langsung pun...
Quote pembacagosip 13-3-2023 10:56 AM
tak baik kata gitu
stok barang dorang banyaj x dan susun
pekeje xramai kan
Quote orangbiasaje 13-3-2023 11:23 AM
Kekdg kesian. Diorglah cashier, diorglah susun inventori, diorglah layan panggilan.
Quote tungkai 13-3-2023 11:41 AM
Apa beza peel dgn yg merempan tu?? Pukul rata budak kampung lepasan SPM. Yg ada degree, Master, PHD semua tu suci murni ke..??
Quote TabletSusu 13-3-2023 11:44 AM
jijahmomon replied at 13-3-2023 01:40 AM
mesti masuk kedai eco @ diy...dia pun sengkek, kalau kaya tak der masuk kedai mcm tu

kannnn... aku fikir mcm hang tulis ni. lagi 1, dia tu ada adab sangatkah label org sesukahati. ntah2 dia SPM pun fail
Quote asamfish 13-3-2023 12:20 PM
the owner/supervisor patut disalahkan!  dorang yang patut train dan bagi rules kat pekerja...bebudak belasan tahun ni akal tak panjang sgt (org tua pun ramai yang perangai mcm bbdk)

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.128765 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top