Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun menjadi mangsa pembunuhan kejam, apabila mayatnya ditemui dalam semak dalam keadaan yang menyayat hati. Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Azmir Abdul Razak, jasad kanak-kanak tersebut ditemui oleh ibunya sendiri, pada petang Sabtu.
Ujarnya, ibu mangsa yang berusia 20-an bimbang apabila anak lelakinya tidak pulang ke rumah selepas keluar bermain dengan rakan-rakannya di Kampung Panji, pada tengah hari. "Selepas bergelut mencarinya, dia akhirnya menemui mayat anaknya yang tidak bernyawa dalam semak pada jam 3 petang," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad (12 Mac). Mayat kanak-kanak tersebut ditemui dengan kepalanya tersepit antara dua batang pokok, tangannya terikat dengan tali, selain kepala mangsa juga cedera dipercayai dicederakan menggunakan objek tajam serta kesan torehan pada kedua belah tangan dan kaki kirinya.
Berdasarkan maklumat orang awam, polis telah menahan seorang lelaki berusia 30-an yang dipercayai tidak waras bagi membantu siasatan. "Lelaki itu adalah orang terakhir yang dilihat bersama mangsa. Suspek juga didapati positif dadah selain disyaki tidak stabil mental," katanya. Superintendan Azmir berkata polis turut menahan ibu mangsa dan suaminya yang berusia 30-an itu bagi membantu siasatan. - CARI Sumber: The Star
|
uori replied at 13-3-2023 09:23 AM
3 tahun tu tak kecik sangat ke? mungkin kat sana taklah kot ye
rosa_canina replied at 13-3-2023 10:55 AM
dh knp maknye pn bior anak 3 thn klua main sorg2
ADVERTISEMENT