CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Isteri 'Ejek' Selena Gomez, Justin Bieber Kena Tempias Semasa Konsert

10-3-2023 09:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4631| Komen: 18

Penampilan pertama Justin Bieber selepas membatalkan Konsert Justice World Tour berikutan masalah kesihatan yang dihadapi menarik perhatian ramai.

Pada Festival Rolling Loud 2023 di Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini, Justin berduet dengan Don Toliber,  menyanyikan lagu Love Sick.



Page Six - Henry Hwu/Rolling Loud

Bagaimanapun peminat Justin menjerit meluahkan rasa tidak puas hati terhadapnya sebaik persembahan tamat.

Mereka menjerit nama isteri Justin iaitu Hailey Bieber, "Persetan Hailey!" kerana membuli penyanyi Selena Gomez bulan lalu.

Sebelum ini, Hailey dan bintang realiti Kylie Jenner dikatakan menyindir Selena susulan kesilapannya ketika melukis kening.

Malah, kedua-dua model itu berkongsi foto FaceTime dengan memfokuskan pada bahagian kening mereka.


Page Six


Selena juga memaklumkan pengunduran dirinya dari media sosial selepas disindir Kylie dan Hailey.


Page Six

Sehingga kini, peminat Selena masih tidak berhenti mengganggu Hailey dan juga Justin.


IG


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sandycheeks 10-3-2023 11:22 PM
pelik dgn diorang ni.. bukan ke dulu selena dgn hailey ni ada brgambar sama2 kat Academy Museum Gala.. siap peluk2 lagi.tapi lps tu stil ada ejek mengejek between them..so sbnrnya masa brgambar tu diorang ni mmg btl2 berbaik ke tak??
Quote delia3003 11-3-2023 01:49 AM
Edited by delia3003 at 11-3-2023 01:57 AM

Selena pun gigih reply komen berkaitan hailey kat tiktok. SG announce nak rehat dari socmed bukan sbb kena ejek tapi sebab kena hentam lepas dia komen video lama hailey pasal Taylor swift dari acc antifan. Maybe dia tak perasan tu hate account. Dia sendiri yang create drama lepas tu play victim. Ala SG ni dah byk kali pun on/off dari guna socmed. Nanti dia aktif balik le tu, macam tak biasa.
Quote Perawankota 11-3-2023 02:24 AM
delia3003:  Edited by delia3003 at 11-3-2 ...



Oooo.. Maknanya SG ni tak der lah good mana pon kan
Quote Beribear 11-3-2023 08:18 AM
Edited by Beribear at 11-3-2023 08:20 AM
delia3003:  Edited by delia3003 at 11-3-2 ...
lol sg hentam dia lepas dia buat video dgn kylie tu lerr. Ohh hailey buat sg takpe. Baru kena sekali dgn selena terus menggelabah mcm dia yg paling tersakiti. Before ni sg dia pon body shaming badan sg
Quote Whatsofunnyth 11-3-2023 01:47 PM
Semua salah semua taknak kalah. selena pulak gigih up pasal masa lalu dia dgn bieber di new single dia tu, ring.
Quote delia3003 11-3-2023 02:03 PM
Perawankota replied at 11-3-2023 02:24 AM
Oooo.. Maknanya SG ni tak der lah good mana pon kan

2 x 5 je kot tapi dari segi imej nampak SG lagi clean dengan imej girl next door, fanbase pun lagi besar, jadi lebih ramai peminat tolong defend. Hailey tu pulak dgn imej spoiled-brat nepo kid, popular sebab family dan jadi wife JB je. Tapi rasa macam peminat plak yang lebih2.

Quote matjerk 11-3-2023 09:20 PM
Creepy

https://youtu.be/n9G_MWR1ldM
Quote _blackbird 12-3-2023 10:40 AM
circle sg-jb-hb ni mmg mess up pon
Quote MadameOnion 13-3-2023 10:19 AM
aku team selena..hailey ni creepy..apa yg selena buat dia nak jugak ikut..
Quote DayangKirana 13-3-2023 02:48 PM
bitchy hailey...satu geng plak ngan kendall jenner tuh..both mean girls aura kuat sangat..
Quote Tembikaigoreng 13-3-2023 10:46 PM
Dlm hal entah napa aku team hailey LOL SG nie seumur² lah paling tersakiti padahal kawan dia yg derma organ kat dia pun dia x appreciate LOLL
Quote Olumis 13-3-2023 11:33 PM
Fan SG nampaknya masih ditakuk lama tak pandai membesar. Tak faham maksud move on kot. Dah2 la tu. Orang tu dah kahwin pun. Tahula korang ship Jelena tapi korang kena faham, hubungan dorang tu toksik sbb tu dorang berpisah. So lebih baik tak bersama.
Quote jiwakacau06 14-3-2023 09:41 AM
Olumis replied at 13-3-2023 11:33 PM
Fan SG nampaknya masih ditakuk lama tak pandai membesar. Tak faham maksud move on kot. Dah2 la tu. O ...

kna tggu jb dgn h bercerai dulu baru boleh move on agak nya...pdhal sg tu berderet bf lps jb...
Quote JahLupa 14-3-2023 11:47 PM
Peminat yg melebeh2..udah2 le tu..move onnn..
Quote Olumis 15-3-2023 06:13 AM
jiwakacau06 replied at 14-3-2023 09:41 AM
kna tggu jb dgn h bercerai dulu baru boleh move on agak nya...pdhal sg tu berderet bf lps jb...

Nampaknya begitula kot. Baru dorang puas hati
Quote doridori_hi 26-3-2023 04:47 AM
Sejak kes buli membuli nih, SG lg bertambah peminat, terus pintas Ig kj
Quote anony-mous 28-3-2023 02:48 AM
I cadang JB masuk islam, boleh kahwin 2 i team selena sbb hailey nmpk psiko. Tp kesian tgk selena skrg totally xlawa. Nmpk hailey lg lawa dari dia
Quote Nurkaseh01 29-3-2023 09:24 PM
Aku team selena tapi kadang2 rasa dia ni mcm suka tunjuk yang dia tu baik sangat Lol

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.095635 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top