CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Uganda Pertimbang RUU Penjarakan Golongan LGBT 10 Tahun, Orang Sewakan Premis Pun Kena!

10-3-2023 09:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1307| Komen: 7

Draf undang-undang yang akan mendakwa golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sedia dipertimbang parlimen Uganda.

Selain membolehkan golongan berkenaan dipenjara 10 tahun, tuan tanah yang menyewakan premis kepada mereka juga akan dijatuhi hukuman penjara mengikut rang undang-undang (RUU) tersebut.



Gambar hiasan - AP

Seorang ahli politik Uganda, Annet Anita Among kemudian menggunakan perkataan bersifat homofobia selepas RUU itu dibentangkan.

Ia menjadi petanda baharu mengenai peningkatan homofobia di Uganda di mana perbuatan homoseksual sudah dianggap menyalahi undang-undang.

Kumpulan Human Rights Watch (HRW) berkata, pihaknya percaya jika RUU itu diluluskan, Uganda akan menjadi satu-satunya negara Afrika yang menghukum individu dikenal pasti sebagai LGBT.

RUU itu juga akan mengharamkan pembiayaan atau promosi berkaitan aktiviti LGBT.


Sesiapa yang terlibat dalam hubungan seks sejenis atau perkahwinan songsang akan dipenjara 10 tahun. Individu yang melakukan hubungan sejenis dengan golongan di bawah umur juga berisiko menjalani hukuman serupa.

RUU itu dibentangkan oleh ahli Parlimen pembangkang, Asuman Basalirwa dan tidak jelas sama ada Presiden Uganda, Yoweri Museveni dan parti yang diwakili beliau, Gerakan Penentangan Nasional (NRM) akan menyokong cadangan tersebut.

Bagaimanapun, Museveni baru-baru ini telah bersuara menentang homoseksual, manakala Anita Among yang menghina dan menyatakan pandangan negatif  mengenai LGBT juga merupakan ahli NRM. 

Hukuman penjara seumur hidup bagi kesalahan melakukan hubungan sejenis sudah wujud dalam kanun keseksaan Uganda. Tidak jelas sama ada perundangan baharu itu akan mengatasi perkara tersebut.

Hubungan sejenis diharamkan di kira-kira 30 negara Afrika di mana ramai orang menjunjung nilai agama dan sosial walaupun mereka dianggap konservatif. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 10-3-2023 09:40 PM
[youtube]ooOELrGMn14[/youtube]
Quote Samerosie 10-3-2023 09:49 PM
kakikuDibibirmu replied at 10-3-2023 09:40 PM

You are gay....hahahahaha

Quote Samerosie 10-3-2023 09:52 PM
Oh haritu masa balik dr kl on putrajaya highway tiba2 ada truck ni dgn nama kedai Leong Gay besar2 terkejut iols.  Siap google kedai apa ni rupanya kedai furniture kat penang.  Kesian tauke dia nama tu.
Quote plywood 10-3-2023 10:10 PM

gila punya temuramah . .


tanyalah soalan satu-satu, lepas tu nak paksa juga pandangan dia kepada orang lain.


lawaknya dia nak paksakan juga gay tu kepada orang yang jadi tamu

Quote diknaz 11-3-2023 11:23 AM
Memang patut pun. Kalau tengok kat youtube pun memang pening padahal suruh define woman je pun. belum lagi cikgu lgbt ajar budak sekolah rendah benda entah apa2.
Quote buapakperut 12-3-2023 07:56 AM
Cash lah. Kalau menda2 seksualiti pun rasa opressed sangat, i believe they already have too much on their plate. Let's just focus on something more important okay. Dahla negara khau miskin.
Quote zorrro_03 12-3-2023 10:11 AM
syukur lah ada uganda utk jadi model menentang puak2 kotor ni...  semoga negara kita juga akan dibentangkan RUU serupa ini.  kasi puak2 kotor pupus.  ura-uraaaa

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.033024 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top