CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tauliah Perlu Untuk Pelihara Agama, Elak Fitnah - Sultan Selangor

10-3-2023 08:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2045| Komen: 17

Hanya mereka yang benar-benar mahir dan mempunyai pengetahuan yang luas mengenai agama Islam sahaja yang boleh diberi tauliah untuk mengajar atau ceramah di masjid dan surau di seluruh negeri Selangor.


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah keperluan Tauliah Mengajar bukanlah untuk menghalang atau menyusahkan seseorang yang ingin mengajar agama.

Baginda yang berkenan berangkat menunaikan Solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menyeru umat Islam di negeri Selangor agar memahami dan menghayati intipati Khutbah Jumaat bertajuk “Tauliah Mengajar, Suatu Keperluan".


IG

Baginda juga bertitah, keperluan Tauliah Mengajar juga adalah sebagai langkah pencegahan bagi memenuhi maqasid syariah dalam aspek memelihara agama Islam.

"Justeru, bagi memastikan agama Islam terus terpelihara daripada sebarang anasir penyebaran ajaran salah, fitnah memfitnah dan bersangka buruk yang boleh menimbulkan kesan negatif terhadap agama, masyarakat dan negara maka tauliah diperlukan," titah baginda pada Jumaat.


Baginda turut berpesan kepada pemegang tauliah supaya tidak mencampuradukkan isu agama dengan politik kepartian dan permusuhan sesama Islam.

Pemegang tauliah juga diingatkan agar tidak menyelitkan apa-apa perkara yang mempunyai kecenderungan bagi mendatangkan benci atau penghinaan terhadap mana-mana agama.

Selain itu, mereka juga dilarang membangkitkan perasaan tidak suka terhadap mana-mana kerajaan, atau mengembangkan perasaan buruk sangka dan permusuhan antara beberapa kaum atau golongan penduduk di negara ini.

Di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959 dan kuasa-kuasa yang diperuntukkan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, Sultan Selangor mempunyai kuasa untuk menitahkan agar tauliah terhadap mana-mana pihak ditarik balik atas sebab-sebab tertentu demi memelihara kesucian agama Islam dan mengelak perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam.

"Undang-undang telah menetapkan seseorang yang ingin mengajar agama, hendaklah mempunyai tauliah mengajar yang dikeluarkan berdasarkan Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 pindaan 2016," titah baginda lagi.

Justeru, Baginda mengingatkan kepada sesiapa yang ingin mengajar agama atau diundang untuk mengajar di masjid atau surau di seluruh Selangor untuk memohon Tauliah Mengajar.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putericahaya999 10-3-2023 08:39 PM
Sultan pun tahu fungsi tauliah

Nanti islam liberal masuk syiah masuk bising pulop
Quote BartholomewKuma 10-3-2023 09:52 PM
Yaa betuiii. Aku setuju apa hat soltan kata. Kalu dak sat gi selamba dia pi menipu kata bagunan firaun 16 batu tinggi. Selawat sekian2 bamyak malam jumaat esok masa mati tangan nabi sambut dalam kuboq. Makan kopok lekor masuk neraka. Dan bermacam macam lagiiii. Pung pang pung pang dok kutuk org wahabi bukan mein deraih, hang sendiri tak dak tauliah.
Quote tom2 10-3-2023 11:26 PM
Ye, mesti ada yang kawal. Jadi, kena la follow apply for tauliah
Quote opie5662 10-3-2023 11:29 PM
Kalau terjerit2 bg ceramah takyah bg tauliah la.... Bingit telinga...
Quote akies 10-3-2023 11:46 PM
Ikutla titah Sultan Selangor..
Ada prosedur dan tata cara yang perlu diikuti.
Apa la susah sgt
Quote alesandra 10-3-2023 11:53 PM
kalau ada tauliah fitnah jugak cemaner?mcm setad yg fitnah masjid jadi tokong kat penang.ntah hada nath idak ada tauliah tu
Quote Perwira2022 11-3-2023 12:04 AM
Ajaran LGBTQ tak perlu tauliah
Quote anony-mous 11-3-2023 01:07 AM
Lol dia ingat ustaz2 tu baru 1st time bg ceramah dkt selangor??? Yg kena cancel smua tau perlu tauliah. Last min baru ckp xboleh
Quote printercomel 11-3-2023 03:59 AM
Betul tu. Sbb berkaitan agama. Lainla mnum champange arak di oversea tak perlu tauliah. Awek 30k xperlu tauliah.
Quote stingerpressor 11-3-2023 06:40 AM
Perwira2022 replied at 11-3-2023 12:04 AM
Ajaran LGBTQ tak perlu tauliah

Setakat utk keturunan ko....exemptions can be made.....takda hal....

Kahkahkahkahkahkah
Quote Perwira2022 11-3-2023 07:14 AM
Harap semua taat titah perintah Ketua Agama Islam Selangor... Sebagai ketua Baginda lebih faham dan lebih sayang kepada agama Islam dan akan mempertahankan agama ini daripada sebarang kesesatan dan pelanggaran syariat.
Quote ultra78 11-3-2023 07:45 AM
Ini isi khutbah jumaat semalam. Dalam teks ada disebut pasal penceramah yang modalnya hanya lawak jenaka yang mana orang tertarik nak pergi cuma nak dengar lawak jenaka. Dengar ni aje dah boleh agak berkenaan penceramah mana. Yang cuba mencuit berkenaan politik juga tak boleh,juga orang yang berkata benar tapi niat sebenarnya jahat. Benda ni akan pecahbelahkan umat islam. Aku sendiri pernah dengar ceramah mcm ni dan rasa nak ban aje surau tu.
Quote Sangkar_Emas7 13-3-2023 11:56 AM
Memang patut pun control. Lagi2 akhr zaman ni, banyak bende boleh bawa fitnah. Elok laa tapis. Walaupon i suka UAI, but sbb dia tak ade tauliah. Faham je. Bukan tak boleh tengok ceramah dia kat you tube.

Ini takade kaitan politik hiburan pon. Tp ade jugak yg buat2 tak paham, saje nak raise isu2 sensitip..compare ngn blackpink bagai. B
Quote kucingitam 13-3-2023 01:07 PM
betullah tu..satgi penceramah tu si sohai, ramai plak mengikut...tunggang langgang msia nanti..
Quote JoyahSepoting 13-3-2023 02:59 PM
Alhamdulillah.. semoga pembesar2 negara kembali mengikut ajaran Islam sebenar. pakaian mengikut Islam, berbelanja mengikut Islam, mentadbir ikut Islam. Ada ustaz yang memang cakap xde tapis2. Dia tegur semua orang x kira pangkat sebesar mana.. Ada yg terasa agaknya kot..  Lepas mesyuarat majlis hari tu ketua2 Agama ni titahkan wajib ada tauliah. Semoga Allah pelihara Malaysia..
Quote B40tastePosh 13-3-2023 03:08 PM
Edited by B40tastePosh at 13-3-2023 03:09 PM

Kalau takda tauliah nanti masuk Ayah Pin dari Ganu darul PAS mendarat dari langit Ganu.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 11:40 PM GMT+8 , Processed in 0.083442 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top