CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siasatan Jana Wibawa Tak Libat Campur Tangan Mana-mana Pihak - SPRM

10-3-2023 08:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 940| Komen: 4

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan tohmahan segelintir pihak yang mendakwa siasatan terhadap program Jana Wibawa bermotifkan politik.

SPRM menerusi satu kenyataan pada Jumaat menjelaskan, siasatan berkaitan program itu adalah bebas daripada sebarang campur tangan mana-mana pihak.




"Siasatan yang dijalankan terhadap beberapa individu berhubung program Jana Wibawa merupakan inisiatif berasaskan maklumat serta bukti-bukti yang diperoleh sendiri oleh SPRM.

"Kertas-kertas siasatan yang telah dilengkapkan kemudian dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk kajian dan pertimbangan sewajarnya," kata SPRM.

Justeru menurut SPRM, tohmahan yang mengatakan siasatan SPRM atas arahan pihak tertentu dan bermotifkan politik adalah tidak benar sama sekali serta telah menjejas imej suruhanjaya itu.

Jana Wibawa diperkenalkan kerajaan di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mempercepat pelaksanaan projek untuk merancakkan ekonomi negara ketika serta pasca pandemik Covid-19.


Ia juga bertujuan meningkatkan kapasiti kontraktor bumiputera dalam industri pembinaan supaya lebih berdaya saing, berdaya tahan dan berpotensi.

Sebelum ini, kerajaan dilapor memudahkan kaedah pelaksanaan projek Jana Wibawa secara tender prakelayakan atau rundingan terus supaya impak pelaksanaan segera dapat dirasai oleh ekonomi dan rakyat.


Sumber: Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 10-3-2023 08:38 PM
Hehe blh percaya ke sprm ni bila pengerusi sendiri terpalit isu saham, korupsi.

Kalo aku jd agong, aku haramkan je sprm ni. Membazir duit rakyat.
Quote MissYouSayang 10-3-2023 10:20 PM
Bmx dan wak bngsat tgh mengelabah tetek sebab deyeol TAHU rata2 pengundi meleis pakat undi PNtat nanti for upcoming Prn......
Quote airmineral 11-3-2023 11:09 AM
ko lantik jan wibawa pun amik la kontraktor yg betul² berwibawa. ni modal pun ciput cmn dia nak run projek puluh² juta. bila projek sakit, rakyat npk gomen xkompeten. padahal kuasa mof yg buat keje² cmni

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.058346 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top