CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerani Gelap Mata Dengan Tawaran Teman Lelaki Rugi RM45,000

10-3-2023 06:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1384| Komen: 7

Gelap mata dengan tawaran teman lelaki, kerani mengalami kerugian berjumlah RM45,000.

Difahamkan, lelaki itu mendakwa akan mendapat imbuhan sekiranya menyertai misi bantuan kemanusiaan.


Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa berusia 29 tahun berkenalan dengan suspek berusia 37 melalui Instagram pada awal Februari lalu.


Gambar hiasan

Menurutnya, suspek telah menawarkan kepada mangsa untuk menyertai program menderma atau memberi bantuan kemanusiaan dan pembangunan kepada kanak-kanak di luar negara melalui Pertubuhan United Nations Children's Fund.

"Mangsa tertarik apabila suspek memaklumkan jika aktif bersama pertubuhan tersebut, dia bakal menerima imbuhan daripada bank.

"Tanpa berfikir panjang mangsa mendaftarkan diri ke pautan palsu yang diberikan oleh suspek untuk memudahkan proses menderma kepada pertubuhan yang tidak wujud itu," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.


Tambah beliau, selepas mendaftar, mangsa kemudian diminta membuat dua transaksi derma kononnya kepada pertubuhan terbabit menerusi dua akaun berbeza.

"Mangsa telah membuat transaksi berjumlah RM45,000 ke dua akaun berbeza pada 25 dan 26 Februari lalu.

"Apabila tidak menerima sebarang imbuhan seperti yang dijanjikan, mangsa yang berasakan dirinya ditipu membuat laporan polis," katanya kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Ujar beliau, African Scam ini menggunakan modus operandi baharu dengan taktik penipuan menderma.

"Saya menasihati orang awam agar sentiasa berhati-hati dengan sebarang pautan, panggilan atau aplikasi telefon yang diterima daripada pihak dikenali," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nononcrux 11-3-2023 11:42 AM
penatnya hari-hari ade kes scam ni.. kesian mangsa
Quote green~tea 11-3-2023 11:45 AM
Haaaa teman lelaki instagram????? Pernah jumpa ke tidak??

Ke imaginary je.. huhuhu
Quote _blackbird 11-3-2023 12:11 PM
ntah siapa yg salah ku tak tahu... kalau aku ada duit sebanyak tu utk didermakan ermm kalau kena tipu pon ku diam je lah.. biasa kita derma amount yg kita rasa nothing to lose. dah nama pon derma walaupon pertubuhan tu tak wujud, atau founder ngo ke hulu ke hilir keluar masuk lv sambil menangis sebak sayu.
Quote jazaa100 11-3-2023 02:44 PM
Baru tadi aku dpt call kata menderma dgn UNICEF ni.....

Sblm ni penah jugak....tapi nasib aku baik, bila dia nk confirmkn akaun no, line terputus.....pastu aku pikir balik, knp nk suruh aku buat standing order.....aku tak suka buat standing order, bila aku rasa nk derma, aku derma.....

Yg hari ni, bila aku dgr berkaitan dgn Unicef je, aku terus matikn phone
Quote Lagubestbest 11-3-2023 03:28 PM
Nak masuk ramadan kan. So modus operandi menderma la pula. heheh.
Quote sayurmayur88 13-3-2023 10:07 AM
sekarang ni x boleh percaya selain diri sendiri!!!
Quote midori888 13-3-2023 10:15 AM
jazaa100 replied at 11-3-2023 02:44 PM
Baru tadi aku dpt call kata menderma dgn UNICEF ni.....

Sblm ni penah jugak....tapi nasib aku baik, ...


Meols pnh di approach oleh agent2 UNICEF nie kat tepi jln, meols ckp tak minat dan terus jln, bole dia jerit kata ramai bdk2 tak dpt sekolah sbb meols tak derma, lebih kurang camtu lah. Nasib baik meols maintain classy, kalu tak meols dah jerit jugak, sapa suruh mak bapa diorg buat anak, ada meols paksa diorg nyesek...

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 12:02 AM GMT+8 , Processed in 0.069973 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top