Pempengaruh media sosial Ubai dan penyanyi Shila Amzah sering mendapat perhatian sejak mengumum mengenai hubungan mereka. Bagaimanapun, Ubai menafikan dakwaan bakal berkahwin dengan Shila.
Jelasnya, kenyataan yang tular itu hanyalah gurauan semata-mata ketika sesi live di TikTok. Dia tidak menyangka selorohnya itu diambil serius sesetengah portal dan blogger. “Walhal ketika sesi siaran langsung itu sendiri saya sudah memberitahu bahawa perkara itu hanyalah gurauan semata-mata. “Saya berseleroh seperti itu kerana ada yang bertanya bila akan berkahwin jadi kami pun menjawab tak Sabtu, Ahad sambil ketawa. “Itu sahaja, tiada apa-apa yang serius pun sebenarnya. Andai kata kami ingin mendirikan rumah tangga, kami sendiri akan mengumumkannya. “Kerana tujuan perkahwinan itu juga adalah untuk menguar-uarkan dan mengelakkan fitnah,” katanya ketika ditemui Gempak.
Sekiranya ada jodoh di antara mereka, pihak mereka sendiri akan membuat pengumuman. Malah, Ubai yang sering menjadi perhatian dengan Shila akui kurang selesa apabila sesi siaran langsung bersama Shila diolah sesetengah pihak tanpa mengetahui hal sebenar. “Sedangkan seperti yang orang ramai tahu, saya sebenarnya seorang yang suka bergurau dan setiap kali bergurau saya akan memberitahu bahawa perkara yang disebutkan itu adalah gurauan. Jadi janganlah ambil serius,” ujarnya. Terdahulu, Shila bergurau mengenai persiapan majlis perkahwinan mereka membuat netizen tertanya-tanya sama ada mereka bakal disatukan dalam masa terdekat. - CARI
|
aechae replied at 10-3-2023 07:22 PM
Berapa umur laki ni?
Yg si shila ni xboleh ke cari laki elok keja pejabat ke yg ada kerjaya lah.. ko ...
rayna_raynes replied at 10-3-2023 07:26 PM
dia bukan keje pejabat pun nak cari laki keje pejabat. kang tersondol laki orang susah pulak. cari ...
bottompro replied at 10-3-2023 06:32 PM
Diamlah jantan hodoh. Hahahaha. Bosan la citer ko dgn anak lalat
ADVERTISEMENT