Dalam satu sesi Live baru-baru ini, Michael Ang mendakwa Puteri Sarah sebenarnya tak nak bercerai pun. Kata Michael dia pelik dengan reaksi yang diberikan Puteri Sarah selepas keluar dari mahkamah di mana Syamsul enggan menceraikan dirinya.
Menurut pengarah sensasi itu, body language Sarah menunjukkan dia hanya membuat provokasi kepada Syamsul agar kembali ke pangkuannya. Malah Michael juga mendakwa Puteri Sarah hanya ego nak mahu Syamsul untuk memujuknya. "I rasa macam dia nak Sol lagi cuma dia tengah marah. Dia hanya berlakon dan berpura-pura gembira. Dia bukan nak cerai pun" Di ruangan komen ramai netizen yang bersetuju dengan Michael.
Mereka juga merasakan benda yang sama. Kita tunggu apa reaksi Puteri Sarah apabila menerima dakwaan ini. -CARI |
ADVERTISEMENT