Komposer dan penulis lirik, Amylea Azizan, 36, mahu mengubah situasi yang semakin berbahaya yang dipelopori pempengaruh. “Kalau boleh saya nak halang individu yang cuba merosakkan industri muzik ini. Kadang-kadang bakat itu langsung tiada tetapi mereka menggunakan platform viral semata-mata.
“Kalau digunakan bagi tujuan hiburan tidak salah, tetapi kita bimbang ia akan berlarutan selama bertahun-tahun yang akan merendahkan martabat industri muzik,” katanya. Amylea juga kesal apabila kehadiran golongan sedemikian mendapat perhatian masyarakat secara tidak sedar apabila orang ramai tetap memberi sokongan walaupun sesebuah lagu yang dihasilkan tidak berkualiti serta kedengaran terlalu pelik. “Kita cakap tak nak sokong bila muncul individu sedemikian, tetapi kita tetap tonton dan kongsikan video tersebut kepada orang lain.
“Bila jumlah tontonan tinggi secara automatik pihak radio akan putar dan media juga akan menulis sebagai bahan berita sensasi,” ujarnya. Justeru, Amylea mempersoalkan sampai bila perkara negatif akan menjadi bahan sensasi dan lagu berkualiti diketepikan. Baginya, penyanyi senior mungkin tidak terkesan dengan elemen viral tersebut kerana ia berisiko kepada penyanyi baharu yang sudah mengeluarkan kos tinggi bagi setiap pembikinan lagu. “Saya risau nanti penulis lagu seperti kami akhirnya kecewa dan terpaksa buat benda lain. Komposer dahulu sangat garang kalau tak boleh menyanyi jangan harap akan dapat lagu daripada mereka. “Hebat macam mana penyanyi itu, tetapi kalau datang studio dalam keadaan tak bagus tetap kena balik,” katanya. Disoal rakan seindustri yang memilih untuk memberikan lagu kepada individu sedemikian, jujurnya Amylea sangat memahami tentang konsep perniagaan. Namun, sekiranya dirinya ditawarkan dengan harga lumayan sekalipun, dia tetap akan mengelak tawaran tersebut. “Kita buat lagu untuk artis yang berkualiti. Kasihan pada mereka yang sudah mendapat pujian, tetapi kurang perhatian yang akhirnya akan memusnahkan kerjaya pada masa akan datang,” jelasnya. Alumni Akademi Fantasia Musim Ketiga ini sedar cita-citanya terlalu besar dan menuntut modal yang tinggi dalam usaha melahirkan bakat berkualiti. Andai dirinya mempunyai label syarikat rakaman yang kukuh, sudah tentu dia sendiri tidak sabar menghasilkan produk-produk yang bagus. “Saya dan rakan kongsi ada tubuhkan syarikat rakaman sendiri. Idea ini sangat baharu dan kami mempunyai perancangan untuk melahirkan bakat baharu. “Saya ada bekerjasama dengan artis lama dan baharu kerana peluang ini perlu diberikan sama-rata,” katanya. Sumber: Utusan
|
akuHavocczz replied at 10-3-2023 05:13 PM
Ye lah.. tapi tu lah lagu chuols pun sepesen je.. lama lama boring dah bila chuols keluar lagu baru
akuHavocczz replied at 10-3-2023 05:13 PM
Ye lah.. tapi tu lah lagu chuols pun sepesen je.. lama lama boring dah bila chuols keluar lagu baru
akuHavocczz replied at 10-3-2023 05:13 PM
Ye lah.. tapi tu lah lagu chuols pun sepesen je.. lama lama boring dah bila chuols keluar lagu baru
ADVERTISEMENT