CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

7 Tahun Kahwin Langsung Tak Ada Penyondol- Boleh Baca Fikiran, Syatilla Tahu Kalau Shaheizy Sam Menipu

10-3-2023 04:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10186| Komen: 138

Syatilla Melvin bersyukur dah tujuh tahun kahwin tidak pernah diganggu 'penyondol'.

Syatilla kata, sebagai isteri dia sering berdoa agar rumah tangga yang dibina terus berada dalam keadaan baik dan dilindungi Allah SWT.


Foto: IG

"Demi Allah buat masa ini, tiada (gangguan orang ketiga) sebab saya dan Sam, kami dah tahu perangai masing-masing.

"Kami dah 13 tahun berkawan, dia buka mata je dah tahu saya macam mana, begitu juga sebaliknya. Jadi kalau ada sebarang perkara yang tidak kena, kami boleh baca fikiran masing-masing. Dia takkan boleh tipu.



"Walaupun dia (Sam) pelakon hebat.. tapi dengan isteri, dia tak boleh tipu. Kalau ada benda yang tak kena terjadi, saya akan tahu.

"Setakat ini Alhamdulillah semuanya baik-baik. Setiap hari saya berdoa minta Allah lindungi rumah tangga sebab kami ada anak-anak dan usia pun sudah makin meningkat," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Syatilla, dia bertuah kerana memiliki suami, Shaheizy Sam yang tahu menjaga batas serta sedar diri sudah memiliki keluarga.


"Saya tak pernah letakkan sebarang syarat ketika di keluar bekerja sebab Sam jenis orang yang sedar diri.

"Kita dah kahwin, macam dia tak suka kalau kita pegang-pegang lelaki lain, macam tu juga saya tak suka kalau dia pegang perempuan lain.

"Jadi, dia tidak buat perkara itu. Sam faham apa yang saya tak selesa dan kami sama-sama cuba kekalkan prinsip itu, Insha-Allah selamat (rumah tangga)," katanya.




Untuk rekod, Syatilla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016.Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 6, Sarima Samheizy, 4, dan Salama Samheizy yang kini berusia 10 bulan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Minyakyuyi 10-3-2023 04:47 PM
puji suami apa hari ni....dia pn nk juga
Quote mawarika 10-3-2023 04:59 PM
Laki ko tak ensem
Quote kalchi 10-3-2023 05:04 PM
Prmpuan yg gatal luar sana pon tahu milih kot.  Lainla sam di zmn kegemilangan dlu
Quote MistrezHermanaz 10-3-2023 05:18 PM
knp sam masih nmpk gundu..bkn ke ritu katanya dh kurus
Quote Kurex 10-3-2023 05:21 PM
Sesiapa, tolong carutkan pompuan rempit takde class ni dulu. Perangai pprt berjiwa setinggan betul kau ni pompuan. Termasuk adik beradik kau yg berwajah tua tu!
Quote alieyrina 10-3-2023 05:27 PM
Sapa yg nak sondol sam katik tu
Quote doubleA 10-3-2023 05:30 PM
Konfiden ye satilah. Tapi anaknya sarip tu menjadi comelnya
Quote jihyomelly 10-3-2023 05:32 PM
aiyoooo bagai meminta2 lak..jgn nanti dlm diam tetiba haaaaaaa hambek kau
Quote Rogue98 10-3-2023 05:37 PM
Oh please...u can keep him.
Dah kepam.
Quote 800214 10-3-2023 05:38 PM
Hahahahhaha.. Begitulah yakinnya aku dulu. Lg mmg laki i gundu.. Sekali skandal ngan janda monopos. Celaka betul.. Laki, ngan janda tu aku harukk
Quote clarizsa 10-3-2023 05:39 PM
Yakin sangat


Mgkin laki dia dh puas jadi liberal sebelum kawin so
Quote ohsoyaya 10-3-2023 05:40 PM
Siapa je nk sondol laki sheols ni. Kepam
Quote red_velvet 10-3-2023 05:42 PM
Terrpalingggg
Quote rayna_raynes 10-3-2023 05:44 PM
Hmm... ye lah tu Tilla.
Quote asfaz 10-3-2023 05:45 PM
Nmpk berlagak pulak kata macam tu. 13 tahun berkawan tu bercinta ke? Ye ke??
Quote Realpeople17 10-3-2023 06:05 PM
Diam la satilah. Nk gak mencelah isu tu. Brkawan 13 taun ek? Dlm tempoh brkawan tu la laki ko penah trjatuh hati kat sorang retis jelita ni. Last2 bila retis tu buat pengakuan trus laki ko ni buat2 bangang tak mengaku. Agaknya mse tu msti dia gigil sbb da trkantoi ngan makwe prangai mcm samseng parit buntar kan.
Quote IHeartRiRi 10-3-2023 06:09 PM
Jgn riak sis...nanti menangis tak berlagu weh...
Quote ezacbee 10-3-2023 06:42 PM
Memang bukan taste penyondol..
Quote Suchi 10-3-2023 06:44 PM
800214 replied at 10-3-2023 05:38 PM
Hahahahhaha.. Begitulah yakinnya aku dulu. Lg mmg laki i gundu.. Sekali skandal ngan janda monopos.  ...

Adoi mmg dah menopos ker?
Dasat juga yaa so apa jd depa dua skrg

Lihat semua komen(138)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.050705 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top