CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

41 Mangsa Pelabur Lavida Coin Berang! Tuntut RM59 Juta Daripada Ds Vida

10-3-2023 04:24 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 17681| Komen: 194|Original author: Saiful

41 orang pelabur pelaburan mata wang kripto Lavida Coin (DSV Crypto Club, LUX Galaxies and VI Profit Galaxy) mengemukakan tuntutan kerugian berjumlah RM59 juta terhadap Datuk Seri Vida  pada Jumaat.


Kesemua yang terbabit membuat tuntutan tersebut selepas mendakwa wang pelaburan serta keuntungan yang dijanjikan tidak dipulangkan kepada mereka sejak 2018.

mStar Online melaporkan, mereka memfailkan writ saman terhadap Vida atau Hasmiza Othman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersama tiga lagi rakan kongsinya yang menjalankan Lavida Coin.

Foto: IG


Peguam yang mewakili kesemua plaintif iaitu Mohammad Izwan Azmi dari Tetuan Izwan Mazniza Kamil & Associates berkata, writ saman dan pernyataan tuntutan telah diserahkan kepada Vida selaku defendan pertama pada 15 Disember 2022 di Empire Beauty DSV, Angsana Mall, Ipoh, Perak.


"Pada Ogos 2018, mangsa membuat pindahan wang ke syarikat-syarikat milik Vida dan menurut representasi oleh pihak defendan iaitu Vida dan lain-lain mendakwa Lavida Coin adalah sah dari segi undang-undang, ada kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Bank Negara dan agensi lain.


"Namun menariknya, pada 29 Ogos 2019, SC mengumumkan Lavida Coin dimasukkan ke dalam senarai amaran pelanggan agar tidak membuat pelaburan.

"Sehubungan itu, jika Vida gagal membuat bayaran kemungkinan tindakan akan diteruskan termasuk muflis selain rumah dan harta di sita," katanya seperti dipetik di mStar Online.

Peguam Mohammad Izwan (lima dari kanan) bersama pelabur Lavida Coin yang menuntut wang mereka dikembalikan. Foto: mStar 

Mohammad Izwan juga berkata, writ saman dan pernyataan tuntutan itu juga turut diiklankan di akhbar Berita Harian bertarikh 10 Februari 2023 atas perintah mahkamah berikutan ia tidak dapat diserahkan kepada tiga lagi defendan lain.

Defendan yang dinamakan dalam tuntutan itu adalah Shuhada Ab Aziz, Mohd Kamarul Azmi dan Noordin Sahlam.

"Tarikh pengurusan kes juga telah ditetapkan mahkamah iaitu 4 November 2022, 17 November 2022, 19 November 2022, 4 Januari 2023, 18 Januari 2023, 14 Februari 2023 dan 27 Februari 2023 lalu.

"Bagaimanapun kesemua pihak defendan gagal menghadirkan diri pada kesemua tarikh yang dinyatakan," katanya.

Mahkamah menetapkan 20 Mac ini untuk memaklumkan status kes terikini selain memfailkan permohonan taksiran kos oleh pihak mahkamah.

Salah seorang mangsa iaitu Norzainin Zainuddin, 53, berkata, dia membuat pelaburan itu kerana percaya dengan jenama milik Vida malah mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM9,900.


Norzainin membuat pelaburan sebanyak RM9,900. Foto: mStar

Kata Norzainin, ketika menyerahkan wang berkenaan dia menandatangani dokumen perjanjian dengan kehadiran Vida dan meletakkan seratus peratus kepercayaan kepada usahawan tersebut.

"Saya ada bukti dokumen perjanjian bersama yang ditandatangani di hadapan Vida di Ipoh. Saya percaya dengannya tetapi harapan mendapat pulangan seperti dijanjikan hanya tinggal janji.

"Sudah lima tahun kami menunggu tapi tiada apa yang ditunaikan malah semua staf mengelak untuk jawab tentang pelaburan itu dan tidak tahu di mana Vida berada," katanya.

Manakala seorang lagi mangsa iaitu Yuni Astuti Sutrisno, 42, mendakwa, dia melaburkan wang sebanyak RM61,380 dan masih berharap agar mendapat kembali wang tersebut.


Yuni Astuti pula mengalami kerugian sebanyak RM61,380.Foto: mStar

Kata Yuni, wang tersebut sangat besar nilainya apatah lagi ketika ini dia tidak bekerja kerana menjaga suami yang juga Orang Kurang Upaya (OKU).

"Saya perlukan duit itu balik, saya tak dapat kerja memandangkan suami OKU. Saya harap ada jalan untuk mendapatkan kembali wang tersebut."-CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dolmat 10-3-2023 04:32 PM
Vidaaaa dah gasak duit korang... Anak beranak dah borong belanja sakan shopping LV, DIOR.... Head to toe....
Quote KamikuP 10-3-2023 04:39 PM
Edited by KamikuP at 10-3-2023 08:41 AM

HAHAHAHAHAHA meolls gelakkan sajorkk padan muka korang yg masuk skim lavidacoin bodoh ni.
Meolls kene block dgn Vida gundu ni sbb meolls tanya mcm2 last2 meolls tanya 1 tahil berapa RM coin.. hahah moga melingkup yaach
Scammer gundu dari pantai timor..ekekekeke
Lambat la dapat balik duit tu.. Aishah nak dpt loket tu pun lama gila tunggu
Quote MistrezHermanaz 10-3-2023 04:42 PM
x serik2 ye..korg tgk je la dia scam acik ecah masa menang GV4 dulu..patutnya jadikan iktibar
Quote prettyuglybabe 10-3-2023 04:51 PM
orang tamak selalu rugi..

Quote MissVixen 10-3-2023 04:57 PM
Bodohnya lahai. Tengok dsv ni pun tak meyakinkan dengan kes acik ecah kena tipu lagi. Tamak sangat sampai otak dan akal campak lombong.
Quote namieamuro 10-3-2023 05:12 PM
adan uke la. ape jadah ko caye si bidah dgn koin die tu. die scam pihak gv pn selamber dugong je. ini kan korg yg tah sape2
Quote namieamuro 10-3-2023 05:14 PM
KamikuP replied at 10-3-2023 04:39 PM
HAHAHAHAHAHA meolls gelakkan sajorkk padan muka korang yg masuk skim lavidacoin bodoh ni.
Meolls ken ...

tu pn ramai jugak cerca acik ecah tuntut hak sampai ke mahkamah. penyudahnye acik ecah flip tudung je bile berjaye dptkan hak. lps tu baru la sekor2 nk tuntut hadiah yg asli dr acik bidah. adan uke tak dilayan si scammer acik bidah

bile acik ecah ajak lawan sesame takde sape nk layan kan. bile dh menang bru kau mengagau nk join team die
Quote asudau 10-3-2023 05:43 PM
Kalau kes bègini mangsa tak ade kena paksa utk melaburkan duit depa..denģan rela hati pi melabur dĺm skim macam ni..

Rasanya payah la kot nk tuntut semula
Quote clarizsa 10-3-2023 05:44 PM
Macam kebal je acik bidaa
Nasiblah labu ye
Kesian la juga kena scam tapi tu lah ermmm
Quote Lagubestbest 10-3-2023 05:46 PM
bapak ah scam org sampai 60juta.
Quote kitmal 10-3-2023 05:52 PM
Dari nak kaya jadi kayap
Quote alieyrina 10-3-2023 05:53 PM
La senangnya kena tipu. Apa pekdah kau simpan duit byk2. Baik kau raya hindu ja  dgn duit simpanan tu drp bagi kat bidah.

Patutla sheol selalu shoping sakan. Yg labur 60k tu spechless aku
Quote bambimo 10-3-2023 06:01 PM
Byk nya duit investor labur rm60k...
Quote fazila17 10-3-2023 06:11 PM
Kadang2 kena rajin dengar gosip2 dan hearsay supaya tak tertipu

Mangsa2 ni jenis tak selidik sebelum melabur ke
Quote suka2 10-3-2023 06:11 PM
Tak sangka dah tahun 2023 pun masih ada ummah yg mudah kena scam
Quote Whitney72 10-3-2023 06:33 PM
Mmg menipu je kerja..produk dia pun x byk jual dah...jual pun produk menipu..semoga terduduk lah ko si vida..
Quote makita 10-3-2023 06:39 PM
Lagubestbest replied at 10-3-2023 05:46 PM
bapak ah scam org sampai 60juta.

Masih ada manusia yakin nak invest dekat nek vida.
Kesian. Agaknya dorg ni mudah terhibur dgn nek vida sampai wujud rasa percaya.
Quote Sheila1987 10-3-2023 06:53 PM
Masaklah vida. Ha.
Senyap lama. Ingat org tak report.
Ramai lagi ni. Yg 41 orang yang ambik lawyer. Kalau x ambik, ramai lagi tu.
Quote anony-mous 10-3-2023 06:54 PM
Nk marahkan vida pon xboleh noks. Bkn dia letak pisau dkt leher suruh melabur yg betul2 bodoh je percaya

Lihat semua komen(194)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.062950 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top