CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Che Ta Perkenal Set Kuku Letups Dengan Harga Rahmah

10-3-2023 03:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3833| Komen: 39


Sejak dilancarkan pada Jun tahun lalu, Inai segera mampu milik, Mazaville atau Inai Che Ta yang diusahakan aktres terkenal Rozita Che Wan bersama usahawan Anas Zahrin terus mencuri perhatian.


Lebih membanggakan jenama ini menjadi jenama inai nombor satu di Malaysia, Singapura dan Brunei yang turut diiktiraf menjadi inai pertama dengan konsep telap air dan sah solat penggunaannya secara klinikal di atas kuku manusia.


IG

Terbaharu, mereka hadir dengan Set Kuku Letups Che Ta dengan harga ‘Rahmah’ bernilai RM25 yang telah dilancarkan pada 3 Mac lalu dalam satu majlis glamor bertemakan Timur Tengah di Glam Hall, Damansara.

Menurut Rozita atau Che Ta selaku pengasas bersama, set baharu yang ditampilkan ini telah  diedarkan secara rasmi kepada seluruh ejen berdaftar satu Malaysia sejak 6 Mac lalu.

“Kalau sebelum ini kerajaan perkenalkan Menu Rahmah dengan harga murah, kenapa tidak inai ini juga dihadirkan dengan konsep sama. Malah, sejak diusulkan Anas sendiri, saya tak fikir panjang untuk meluluskan keinginannya.


“Harga jualan untuk set ini awalnya dicadangkan pada harga RM60, tapi selepas ditimbang tara kita memutuskan mengenakan ‘harga rahmah’ berkenaan.

“Saya optimis set ini bakal menjadi kegilaan ramai wanita menjelang hari raya Aidilfitri kelak. Pendek kata, ia berkualiti, sah solat, telap air dan tentunya mampu dimiliki semua golongan,” katanya.

Tambah aktres jelita ini lagi, dia dan Anas turut mengalu-alukan 100,000 wanita tidak kira mana-mana status untuk menjana pendapatan bersama di musim Ramadan dan Aidilfitri ini.

“Lebih kurang RM7 Juta ingin kami kongsi bersama 100,000 wanita ini untuk projek ‘mega Inai Che Ta’ ini. Jangan berpeluk tubuh lagi, jom sama-sama kita jana pendapatan untuk bulan puasa dan raya ini,” kongsinya.



Sementara itu, Anas selaku pengasas utama jenama terbabit mensasarkan lebih 50,000 unit sasaran jualan bakal dicapai selama dua bulan dari Mac hingga April di Malaysia.

“Berdasarkan rekod kejayaan kami terdahulu, angka 50,000 untuk dicapai dalam tempoh dua bulan tidak mustahil. Saya dan Che Ta percaya dengan niat kami yang  ingin terus membantu dan berkongsi rezeki dengan semua,” katanya.

Set Kuku Letups Che Ta didatangkan dengan tiga jenis warna iaitu Maroon Rose, Red Velvet dan Caramel yang seakan warna perang atau coklat pekat disatukan dalam satu set.

Pada majlis pelancaran set istimewa itu, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan memukau artis tanah air seperti Shiha Zikir, Datin Alyah, Indah Ruhaila, Bob Yusof, Hazama, Irfan Haris dan Imran Ajmain.

Majlis dianjurkan juga sebagai simbolik ukhuwah Che Ta dan Anas yang sudah terjalin hampir 13 tahun, selain menghargai rakan media dan peminat inai terbabit. Che Ta turut menerima kejutan daripada Anas sempena hari lahirnya yang ke 50 yang jatuh pada 9 Mac iaitu tajaan menunaikan ibadah umrah. 


Sumber: Getaran

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 13-3-2023 03:02 AM
Saya dan Che Ta percaya dengan niat kami yang  ingin terus membantu dan berkongsi rezeki dengan semua,” katanya.


ayat tonggeng nak gain buyer…
Quote minguk 13-3-2023 11:04 AM
ha yang ni nak pakai ada pantang larang tak? kang tak boleh kena angin la, salah goncang la.
Quote dudaberhias 13-3-2023 11:19 AM
harga rahmah pun... trend2 kaler kuku dengan inai ni dah yestermonths dah nekta oi... patutnya haritu lagi hang habis kambuih belakang rumah inai2 tu, ni pergi restock balik memang takde la orang nak pakai inai hari2... sampai HQ buang harga tahap agen pun rugi...

dah tahu sampai kena buang harga bagai pun masih gigih pergi restock. Patutnya kambuih jah kat belakang istana kokdiang tu... Dengan hang2 sekali kambuih pun takpe aih.
Quote vanillaninja 13-3-2023 01:19 PM
Memang ramai ke yang suka pakai inai?
Quote habisnamadahni 13-3-2023 04:02 PM
vanillaninja replied at 13-3-2023 01:19 PM
Memang ramai ke yang suka pakai inai?

kalau tgk dak² tiktokerss berlambak² pakai..seller²..
Quote eely_shana 13-3-2023 08:50 PM
Inai rahmah
Quote Lagubestbest 13-3-2023 09:02 PM
habisnamadahni replied at 13-3-2023 04:02 PM
kalau tgk dak² tiktokerss berlambak² pakai..seller²..

market budak2 spm, mak2 ikut sama.
Quote likilu 13-3-2023 09:04 PM
eyansss replied at 13-3-2023 03:02 AM
ayat tonggeng nak gain buyer…

First target buyer agent la
Quote likilu 13-3-2023 09:08 PM
vanillaninja replied at 13-3-2023 01:19 PM
Memang ramai ke yang suka pakai inai?

Jujurnya dulu i geli kalau benti tepi jalan then tengok makcik indon tu pakai inai pesen kaler bukan inai ni. Ada jugak tak beli terus sebab geli tu.

Tapi lately balik jumpa family ya allah ramai pulak makcik n kazen sendiri pun pakai inai macam ni.
Disebabkan masih ada geli geli tu, i volunteer masuk dapur prepare breakfast
Nanti orang lain buat i muntah muntah pulak geli.

Ni nak raya ni tengok kuku sorang sorang perang la pink la ada i yg masak lemang rendang ni karang orang lain rehat je tgk tv. Tolongla stop trend meggelikan ni
Quote Olumis 13-3-2023 09:26 PM
Sejujurnya, inai nek ta la paling buroks. Iols dah try and menyesal tak sudah.
Quote LadyCarefree 13-3-2023 09:40 PM
"Lebih kurang RM7 Juta ingin kami kongsi bersama 100,000 wanita ini untuk projek ‘mega Inai Che Ta’ ini. "

Kalau hang dan Che Ta ada RM7juta taklah sibuk nak jual inai bagai.

Dealer sampai 100 000 orang kah?
Quote anony-mous 13-3-2023 09:48 PM
Inai jahlop masih hidup ke dah kambus belakang rumah?
Quote makita 13-3-2023 10:00 PM
Masa meols kecik ayah meols rajin beli cutex dan subang besar2 utk meols berangan2 depan cermin. Bila dah besar dah tanak dah sbb dah puas hahaha...lg 1 leceh nak bersihkan kuku. Inai style skrg ni mcm ala2 cutex la kan cara pemakaian dia..bukan daun inai tumbuk lesung tu
Quote bluecrystal 13-3-2023 10:08 PM
vanillaninja replied at 13-3-2023 01:19 PM
Memang ramai ke yang suka pakai inai?

sedara aku gelar diri dia sendiri mak merah
pasal jari tak pernah tak da inai
Quote anony-mous 13-3-2023 11:10 PM
vanillaninja replied at 13-3-2023 01:19 PM
Memang ramai ke yang suka pakai inai?

X ramai tp klau yg suka pakai tu kerap pakai. Kwn i selalu pakai tp dia andartu
Quote pujanggacinta 14-3-2023 02:59 AM
rajinnya pakai inai
tp bagusla rajin mencantikkan diri
inai part perhiasan utk wanita

tp inai instant sllnya nmpk kotor bila bbrp x kena air
Quote eyansss 14-3-2023 08:09 AM
likilu replied at 13-3-2023 09:04 PM
First target buyer agent la

tau…  sebab tu aku cakap deme tonggeng ayat “share rezeki”…  emotional trap to the max…
Quote marchikobonzo 14-3-2023 11:22 AM
Korang pakai je la peelable nail polish macam iols..sehari nak tukar 10 colour pun boleh..
Quote Suchi 14-3-2023 11:38 AM
eyansss replied at 13-3-2023 03:02 AM
ayat tonggeng nak gain buyer…

Itulah skrip ponder2 selama ni

“ saya meniaga ni sbb nak bantu orang tidur ngn lena”- contoh hat jual bantal

Ayat bantu orang tu laa dia duk pakai sama gak ayat kongsi rezeki ngn org lain juga
Yelaa gara2 nk kongsi rezeki ngn ejen dropship bagai maka brg yg sepatutnya rega rahmah 4.90 pun jadi berganda2 mahal.

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.050889 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top