CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Berpuluh Tahun Baru Tahu Yana Samsuddin Yang Nyanyi Lagu Alahai Mami Jarum!

10-3-2023 02:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5400| Komen: 55

Pasti ramai tidak menyangka bahawa lagu terkenal Alahai Mami Jarum yang menjadi fenomena suatu ketika dahulu sebenarnya dinyanyikan Yana Samsudin!

Lagu yang terkenal sekitar awal 2000-an itu merupakan trademark bagi filem Mami Jarum (2003) yang terkenal sebagai ‘makcik bawang original’ atau ‘acik petir’ yang gemar bergosip serta menayang emas perhiasan.



IMDb/IG

Selepas 10 tahun filem berkenaan ditayangkan dan menonton berkali-kali serta menyanyikan lagunya, pasti masih ada yang tidak mengetahui bahawa Yana merupakan penyanyi asal sejak filem itu mulai popular.

Pendedahan itu dibuat pengguna TikTok, @aniq_syazriel atau lebih dikenali sebagai Ceo of Throwback.

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya ternyata terkejut dan rasa seperti tidak percaya!



Murai melaporkan, Yana pernah membuat pengakuan bahawa beliau hadir ke dalam industri hiburan sebagai penyanyi pada 2004.

Bagaimanapun, tiada sebarang promosi dibuat untuk album itu dan Yana terpaksa melupakan hasratnya untuk terus menyanyi. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 10-3-2023 02:48 PM
Rasa dah lama tahu, berzaman dah. Baru terkejut sekarang? Kalau beto maskot along tu ye la terkezut beramai ramai
Quote prince_marhaen 10-3-2023 03:47 PM
Filem David Teo mostly penyanyi dia Yana & sorang lagi tu suara lebih kurang...Hingga Hujung Nyawa & lain-lain..
Quote anony-mous 10-3-2023 04:11 PM
esbok replied at 10-3-2023 02:48 PM
Rasa dah lama tahu, berzaman dah. Baru terkejut sekarang? Kalau beto maskot along tu ye la terkezut  ...

I baru tau lagu ni yana nyanyi beto tu dah 5thn jgk tau
Quote yum3 10-3-2023 04:24 PM
ekceli suami yana ni keja apa ekkk
Quote pembacagosip 10-3-2023 04:27 PM
yum3 replied at 10-3-2023 04:24 PM
ekceli suami yana ni keja apa ekkk

pengomen tetap di pag2 fb hahahhahhahah
eh gurau je
Quote botol_tritan 10-3-2023 06:50 PM
I pun baru tahu suara dia. Mmg terkejut, sbb lagu ni mmg berlegar2 dlm kepala dulu2. Ingat anak mami mana yg nyanyi sebab nyaring semacam
Quote Suchi 10-3-2023 06:53 PM
Dia byk nyanyi ost dan juga penah digelar pengarah termuda kan
Quote sailormars 10-3-2023 07:12 PM
saya pun baru tahu dia yg nyanyi lagu mami jarum..huhu
Quote grosouraus 10-3-2023 07:38 PM
Dah lama tahu sbb ternampak nama dia dekat  bahagian credit...tapi lepas dia dah famous lah baru perasan
Quote doubleA 10-3-2023 07:50 PM
Ok ni iols baru tahu hahahahahaha lejen lagu tu
Quote mojarean_X 10-3-2023 07:53 PM
Baru tahu sbb x bother pun nk tgk citer ni dulu
Quote eely_shana 10-3-2023 10:14 PM
Zaman 2001-2002
Quote supernaturalee 12-3-2023 12:08 AM
esbok replied at 10-3-2023 02:48 PM
Rasa dah lama tahu, berzaman dah. Baru terkejut sekarang? Kalau beto maskot along tu ye la terkezut  ...

Really beto dlm maskot along???


Btw beto dgn dd dlm filem Imaginur sgt best yach
Sape x tgk lg pi lh tgk
Quote belacan_gurl 12-3-2023 03:23 AM
Citer razak mohaiden yang ni je aku suka...kalo keluar kat TV mmg aku tgk hahahaha sbb best bagi aku
Quote dua_chzy 12-3-2023 03:54 AM
Yana ni sangat berbakat tapi sebab banyak buat filem dengan Razak Mohaideen kasihan level2 pelakon kelas B saja la sheols. Ikutkan sheol pegang lagik banyak role mencabar banding Fazura yang sepesen je la watak kan lebih kurang ja semua. Tapi Fazura sebab dia Fazura masuk la juga dalam A lister.
Quote dua_chzy 12-3-2023 03:56 AM
Harap Yana boleh berlakon lagi tapi berlakon filem berat filem penuh emosi penuh penjiwaan penuh metode acting. Confirm uols semua terkagum2 tengok. Whoareyus Mira Filzah banding bakat Yana Samsuddin? Gitu aiols tetiba memuji sheol walau lansung idok minat. Sebab aiols tau tengok pelakon tu berbakat ka idok dek.
Quote nordin84 12-3-2023 04:08 AM
dua_chzy replied at 12-3-2023 03:54 AM
Yana ni sangat berbakat tapi sebab banyak buat filem dengan Razak Mohaideen kasihan level2 pelakon k ...

dulu yana under metroweath bwk david teo, tu yg sangkut sekejap dgn piere pelat..
iols rse cite mami ni bwh david teo..
yup dia byk watak dan sejak kawen dgn pengomen fb trs merundum
Quote wolfheart 12-3-2023 07:52 AM
Dia ni lebih kurang mcm raja ema. Jenis suara manja.
Quote PuanAbby 12-3-2023 09:05 AM
Dulu lagu duet dia dgn sam tu pun hampir masuk juara lagu kan tapi takpi bertanding. Tak tahu detail cerita…

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.271575 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top