Pelakon Zarina Zainuddin, 52, yang mengalami masalah sinus teruk sebelum ini berkongsi perkembangan terkini mengenai kesihatannya. Memetik Gempak, tidak pernah menyangka akan mengidap penyakit itu, Zarina berkata dirinya bersyukur apabila masalah tersebut semakin pulih selepas menjalani pembedahan membuang cecair yang terkumpul di kawasan wajahnya. "Alhamdulillah keadaan sinus saya semakin berkurang, cuma ada sedikit sahaja lagi di bahagian sebelah hidung yang tinggal. "Masa saya operate dan buka di bahagian hidung doktor dah buang cecair tersebut, tetapi katanya cecair itu akan bergerak. Migraine saya pun sudah semakin baik. "Saya tak tahu langsung ada sinus, setahu saya anak saya yang Azal tu ada sinus. Masa saya pergi luar negara, cuaca sejuk sehingga buat hidung saya gatal. Kemudian check doktor dia kata itu sinus," katanya
Zarina berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Star Vendors KLCC Mega Raya Fest 2023 yang diadakan di ibu kota pada Khamis. Dalam masa sama, aktres tersebut turu mengakui usai menjalani pembedahan membuang cecair, dia da melakukan pembedahan di bahagian hidung agar kelihatan lebih cantik. "Lepas saya bedah dan buang cecair tu saya repair la hidung saya sikit, tak ada la buruk sangat hidung saya. Saya ini pelakon tak kan nak biar muka tak cantik kan. "Saya tak adalah ubah sangat hidung ini, kalau betul-betul buat baik saya tegakkan lepas itu mancungkan hidung ini," ujarnya.
|
Suchi replied at 10-3-2023 11:21 AM
Betul ke leh hilangkan migrain? Sbb iols dah taktahan la ngn migrain ni.
Makin kerap plak, iols pun ...
ADVERTISEMENT