CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ikmal Amry Dikutuk Berlakon Dalam Filem Pulau "Saya Tak Salah, Bad Marketing Pun Okay"

10-3-2023 10:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3710| Komen: 10

Dikritik kerana membintangi filem Pulau, Ikmal Amry berkata dia berlapang dada menerima sebarang komen negatif daripada netizen.

Meskipun namanya sedikit terjejas, Ikmal berkata kecaman yang diterima itu juga merupakan satu bentuk pemasaran yang baik.


Foto: IG

"Bad marketing is marketing juga bagi saya. Saya bersyukur walaupun belum ditayangkan ia dah hangat diperkatakan.

"Marketing percuma untuk diri saya walaupun sedikit buruk tapi apa yang saya tahu saya tak lakukan apa-apa yang salah.

"Cuma korang kena beri peluang kepada kami untuk terus berkarya dan apa yang ingin kami sampaikan. Banyak pengajaran yang boleh diperolehi dari filem ini," katanya kepada mStar.



Mengulas mengenai filem tersebut, Ikmal memberitahu dia berpuas hati dengan apa yang telah diusahakan di dalam filem berkenaan.

Malah dia teruja menanti reaksi daripada penonton susulan kontroversi yang berlaku sebelum ini.

"Saya sebenarnya lebih tertunggu-tunggu apa reaksi penonton tapi saya berpuas hati dengan hasil kerja saya dan apa yang telah saya korbankan untuk watak di dalam filem ini.

"Alhamdulillah saya berjaya hasilkan filem ini dengan baik," katanya lagi.



Dalam pada itu, Ikmal turut memberitahu bahawa dia turut melalui pelbagai cabaran semasa menjalani penggambaran malah dirinya turut terluka semasa menjayakan watak berkenaan.

Lebih unik lagi apabila segala babak yang dilakonkan oleh Ikmal tidak menggunakan pelakon aksi.



"Bagi saya filem ini agak mencabar kerana terpaksa berenang, agak susah kerana saya hanya perenang kampung.

"Saya masukkan kaki ke dalam laut pun dah luka-luka tapi saya berpuas hati dapat segala luka untuk filem yang seperti ini," ujarnya.

Selain Ikmal, filem Pulau turut menampilkan pelakon Amelia Henderson, Alif Satar, Ms Puiyi, Mark O'Dea dan Vikar.

Filem Pulau mula ditayangkan di pawagam pada Khamis, 9 Mac. -CARI

Sumber: mstar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote heythere123 10-3-2023 11:11 AM
heols ni kalau berlakon watak tak banyak dialog okay la. Kalau bukak mulut memang off
Quote prince_marhaen 10-3-2023 11:48 AM
memang la tak kisah sebab dah pernah leak tonggeng jobo berkerak kan.... yihhh..
Quote rayna_raynes 10-3-2023 12:55 PM
Suka tgk dia skrg nampak relax dari dulu.
PLus feature dia ni very interesting.

I mmg akan g tengok Pulau ni
Quote dekmieDandy 13-3-2023 10:43 AM
nak gi tengok pulau ni, tapi tunggu hari rabu dulu

dapat tiket rm10

kalau tengok hari lain, sampai rm20++ tiket, pejadahnye
Quote dudaberhias 13-3-2023 11:04 AM
setiap kali tengok heols confirm iols terbau lubang jamban dari skrin gittewwww
Quote dudaberhias 13-3-2023 11:05 AM
prince_marhaen replied at 10-3-2023 11:48 AM
memang la tak kisah sebab dah pernah leak tonggeng jobo berkerak kan.... yihhh..

khen... yihhhh... heols ni nak kisah apa dah... langgar orang sampai terguling2 kete macam tin milo karat pun sudah...
Quote eely_shana 13-3-2023 08:53 PM
Apa sinopsis pulau ni
Quote anilanil 13-3-2023 10:54 PM
Last week tertengok filem 80an "Kepala Angin" lakonan arwah azmil mustafa. Kalo org ckp filem Pulau ni teruk, baik korang gi tengok dulu filem Kepala Angin. Sorry to say, mmg negative star rating aku bagi. Sopan lagi baju si amelia tu.
Quote dudaberhias 13-3-2023 11:00 PM
anilanil replied at 13-3-2023 10:54 PM
Last week tertengok filem 80an "Kepala Angin" lakonan arwah azmil mustafa. Kalo org ckp filem Pulau  ...

alamak tahun filem ni very the meminta tepek advanced night repair berkati2 tiap2 malam...
kaka bagi la sipnopsis sikit... iols google2 pun google pulak yang tanya balik pasal filem ni kat iols sebab kekurangan info...

ada nampak lubsjubs dan telo gayut kah macam filem sangkuriang kat netflix tu
Quote sleepandream 13-3-2023 11:16 PM
ekceli filem pulau ni kalau tolak scene tahpape dalam trailer tu, lagi menarik dari iols tengok mat kilau tu yach.... walaupun compare apple to oren... tapi jiwa iols lebih nak tengok genre2 mcm PULAU ni... so yeah... iols akan tunggu di netflix... tiberrrr

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.040004 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top