Elisya Sandha baru-baru ini berkongsi sebuah video masakan di Instagram. Aktres itu dilihat memasak mi segera goreng seperti yang diminta oleh suaminya, Uzair Haqimy. “Dia minta biasa kita bagi special… Kalau tak sayang, tak tahu la ek,” tulisnya sebagai kapsyen. Namun lain pula jadinya apabila limau yang diletakkan sebagai hiasan atas pinggan pula jadi perhatian.
Ramai yang kritik cara menantu Sheila Rusly itu potong limau. “Cara potong limau tu salah.. Kalau potong macam tu susah nak perah, kena potong melintang,” tulis seorang netizen. “Aku yang tak pandai berapa nak masak ni pun tau cara potong limau tu salah,” komen seorang lagi.
Malah ada yang menyuruh Elisya menuntut ilmu lebih lagi dengan Sheila Rusly.
Bagaimanapun, masih ramai peminat yang tampil memberi sokongan kepada Elisya untuk teruskan belajar memasak dan mengabaikan segala kritikan netizen. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|