Oleh : Fyruz Hanna
Setiap wanita akan rasa 'insecure' apabila kekasih anda mempunyai teman baik. WANITA pulak tu. Memang susah untuk tidak rasa cemburu dalam banyak hal. Lagipun, kita memang jenis tak suka berkongsi dengan orang lain, lebih-lebih lagi apabila bercakap mengenai hubungan. Dianggap sebagai 'kontrol' pun tak best jugak. Jadi bagaimana mahu buat rasa kamu ini seorang cool tanpa terlihat bibit-bibit jeles tu. Jom kongsikan kepada semua pembaca
1. Sesekali keluar bersama teman kekasih kamu Tak kenal maka tak cinta, ajak sekali kekasih kamu keluar dengan kamu dan anda boleh lihat dari gerak gerinya. Jika teman baik kekasih kamu itu menunjukkan ciri-ciri seperti menyukai kekasih kamu. Maka kamu harus jelaskan dengan terang pada kekasih kamu mengenai batas-batas perhubungan. 2. Jadi diri kamu sendiri Jika kamu harus berdepan rakan baik kekasih kamu, sebaiknya jadi diri sendiri. Jangan cuba untuk meniru gaya orang lain. Kadang-kadang jika anda cuba terlalu mencuba, takut nanti sikap kamu akan memakan dirimu sendiri. Mungkin kamu ingin buat-buat cool tetapi apa yang terpancar adalah sikap kamu yang menggelabah. 3. Panggilan telefon dan Mesej Jika anda lihat kekasih anda berchatting atau 'call' rakan baiknya, jangan kelibutkan pemikiran kamu dengan fikiran yang negatif, bertanya terus pada kekasih anda. Mungkin rakan tersebut sudah berkahwin atau rakan kerja kekasih kamu. Bukankah mudah. 4.Berhenti risau Beri perhatian bagaimana kekasih kamu layan rakan baiknya atau sebaliknya bagaimana rakan baik wanita kekasih kamu, melayannya. Jika biasa-biasa sahaja, jangan lah 'over' risau. jika ada 'flirting' baru kamu perlu pastikan pasangan kamu seorang yang setia. 5. Ekspresikan dirimu Paling senang, jika kamu sangsi sangat, berterus-teranglah dengannya tentang perasaan kamu. Beri ruang untuk kamu jelaskan perasaan kamu dan beri si dia peluang untuk jelaskan 'scene' yang kamu tidak jelas. ia normal untuk kemukan sangsi kamu. -CARI Infonet.
|
11
Bagus |
19
Marah |
8
Terkejut |
12
Sedih |
19
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT