CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Berdepan Hukuman Mati Sebab Edar Dadah- Kekasih Said Berang, Cakap Semua Itu Fitnah Dan Gosip!

9-3-2023 06:25 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 9086| Komen: 22|Original author: Saiful

Kecoh selepas pelakon Said Muhammad Ismail Said Pakir, 29, bersama tiga lagi rakan bakal berdepan hukuman mati  atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis atau ganja di sebuah kedai rokok elektronik (vape) sepertimana dibacakan di hadapan  sebutan kes di hadapan Majistret Wong Chai Sia.


Ramai yang 'berkampung’ di laman Instagram Said, meninggalkan komen dengan kata-kata kesat dan kecaman.

Foto: IG

Dalam kekecohan tersebut, seorang wanita dipercayai kekasih kepada Said meluahkan rasa kesal dengan dakwan yang dilemparkan oleh rakan-rakan media.


“Dasyatnya media zaman sekarang. Fitnah, tuduh menuduh, create cerita palsu dan gosip adalah satu kebiasaan,”tulisnya dalam hantaran Insta Story.

Bibi Diyana mengatakan biarlah orang luar termasuk media mahu berkata apa-apa sahaja mengenai Said.




Jelasnya, hanya orang terdekat dengan aktor berkenaan lebih mengetahui kisah sebenar berbanding pihak tidak berkenaan.

“Orang boleh cakap apa sahaja, media pun boleh buat cerita apa sahaja. Biarlah orang terdekat sahaja tahu kebenaran."



Dia juga sempat menitipkan doa agar Allah SWT memakbulkam doa yang teraniaya daripada taburan fitnah.

Terdahulu, media melaporkan pelakon drama berkenaan bersama tiga lagi rakannya didakwa dengan niat bersama mengedar dadah berbahaya jenis kanabis dengan anggaran berat 494 gram, di sebuah premis di Taman Oug Parklane Off Jalan Klang Lama di sini, pada jam 9.45 malam, 3 Januari lalu.



Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39b(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama dan di baca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan, hendaklah dijatuhi hukuman mati atau tidak kurang sembilan sebatan dan penjara seumur hidup. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote takkizawa 9-3-2023 07:10 PM
Selalu kalau dah baca pertuduhan pendakwa confindent dah ada bukti yang strong. Tapi tak semestinya salah atau betul la kan. Tengok lawyer  power ke tak. Semoga dipermudahkan urusan pada semua yang terlibat.
Quote rayna_raynes 9-3-2023 07:12 PM
Dah dakwa kat mahkamah apa benda yg fitnah dengan gosip lagi dek.
Skrg ni bagi sokongan je lah kat bf hang
Quote slyfynx 9-3-2023 07:15 PM
GF die kene paham maksud gosip.
Gosip ialah komen di IG retis yg "wartawan" copy paste dn bukak thread.
Quote MsKathryn 9-3-2023 07:16 PM
Dia berlakon memanjang berkerut .. mulut pn terlemut kemut
Quote edoraixora 9-3-2023 07:21 PM
Gf dia ni ke model muslimah tergedik2 menari sambil promot tu
Quote timah03 9-3-2023 07:22 PM
Selekehnya fashion kau dik...
Quote pooh~key 9-3-2023 07:48 PM
Alah kanabis je pundek… kat thailand sana dah halal toyyiban dah dekkk….. dekkkkkk!
Quote LadyCarefree 9-3-2023 07:48 PM
"moreeeee" tu apa? Annoying betul jenis tulis macam tu.
Quote eely_shana 9-3-2023 08:21 PM
Gf dia model?
Quote zeed 9-3-2023 08:41 PM
Aidil pun pernah kena gini kan. Sanggup je fasha tu terima.
Quote eely_shana 9-3-2023 09:50 PM
Tak tau nak kata apa, tak tau sape sbnrnya betul sape yg slah, tapi semoga kebenaran akan terbukti.
Quote orkidorkido 10-3-2023 12:28 AM
Biar mahkamah tentukan fitnah atau tidak
Quote Suchi 10-3-2023 12:45 AM
Tak kenal tp muka jambu, tgk ig dia pun still tak kenal juga cuma muka cam familiar maybe sbb ada berlakon iklan juga.
Mmg dia suka wat mulut camtu ehh
Quote sharlenetexas 10-3-2023 01:01 AM
Tgk nama gf mcm ada darah paki?


Quote Linopot 10-3-2023 01:02 AM
Tak kenal.. sape ni
Quote cattiecute 10-3-2023 09:14 AM
dah dalam berita tu terang lagi bersuluh nama penuh pakwe ko
lagi nak kata pitenah
pastu nak kata jumpa di akhirat padang masyar ke apa?
Quote prettyuglybabe 10-3-2023 11:10 AM
muka memang muka amik barang..
kalau tak amik pun tetap orang kata
Quote immaryjane 10-3-2023 11:13 AM
Rengsa betul kalau jewwwwwwww
Bodoh mne dtg W tu nth
Quote zuriey 10-3-2023 02:12 PM
Darjat apa ko nak dikkkk kalau dah menghisap dadah

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.035142 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top