CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nak Bela Nasib Wanita, Caprice Anjur Pertandingan Sukan Tinju Antara Selebriti

9-3-2023 06:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4870| Komen: 3

Caprice memberi cadangan untuk mengadakan satu pertandingan sukan tinju antara selebriti sambil beramal.

Katanya, hasil kutipan daripada pertandingan tersebut akan diserahkan kepada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membela nasib para wanita.


Caprice menerusi satu hantaran video di Instgramnya semalam, turut mencadangkan beberapa nama selebriti lelaki yang bakal digandingkan sebagai rakan lawan dalam pertandingan tinju tersebut.



“Kalau anda nak tengok perlawanan ini jadi kenyataan, beritahu saya. Komen di bawah siapa yang akan menang.

“Duit hasil kutipan, untung yang dapat itu nanti, akan kita serahkan kepada mana-mana NGO yang memperjuangkan nasib wanita,” katanya.

Menurut Caprice, idea pertandingan itu tercetus apabila ramai yang meminta dirinya mengulas mengenai isu keganasan terhadap wanita yang semakin menjadi-jadi dalam kalangan selebriti Malaysia.


Tanpa mengulas panjang, Caprice hanya mencadangkan pertandingn tinju diadakan untuk melihat sejauh mana kehebatan serta kekuatan seorang lelaki itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan cadangan tersebut temasuklah rakan sekebriti sendiri.

“Baru tahu siapa anak jantan sebenar, jangan berani dengan perempuan sahaja, mari bertarung dalam gelanggang,” kata Amin Azizi.

“Kali ini aku setuju dengan Caprice, masuk gelanggang, buktikan siapa hero sejati,” balas Amirul. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laqoyah 9-3-2023 09:31 PM
Quote KamikuP 10-3-2023 09:50 AM
Apa kata ko start dulu lawan Sharnaaz takpun lawan Dewa Sayu dulu... ekekeke
Quote eely_shana 10-3-2023 10:17 PM
Bertinju pulak

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.029808 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top