Siti Elizad sentiasa positif apabila disoal mengenai cahaya mata walaupun usia perkahwinan mencecah lapan tahun. Terbaharu, tular di media sosial sebuah rakaman video yang memaparkan Elizad sedang mengendalikan seorang pemanggil untuk memberi ucapan sempena Hari Wanita Sedunia menerusi segmen pagi di konti radio, semalam.
Menerusi video yang dimuat naik, pemanggil tersebut telah memberi ucapan penghargaan kepada isterinya sempena hari istimewa tersebut. Lebih mengejutkan, identiti pemanggil tersebut diketahui selepas ucapannya lebih tertuju kepada Elizad. “Sempena Hari Wanita hari ini, saya ingin ucapkan Selamat Hari Wanita kepada isteri saya, wanita yang terhebat kerana menjadi isteri yang baik, menghormati saya dan paling penting, menghormati orang tua saya. “Walaupun kita tidak ada zuriat lagi bersama, it’s okay sayang. It’s okay sayang. Just go together, let’s strive and I’m still loving you, Elizad Sharifuddin till Jannah,” luah pemanggil yang merupakan suaminya, Shamsul Baharin Abdul Rahman.
Tanpa sedar, Elizad menitiskan air mata selepas mendengar sendiri ucapan penuh bermakna yang dibuat suaminya itu.
|
ADVERTISEMENT