Mamat Sepah meminta netizen tidak membuat sebarang spekulasi berhubung dakwaan wujud perselisihan faham membabitkan dua sahabatnya iaitu Shuib dan Jep. Memilih untuk enggan mengulas lanjut mengenai krisis dalaman itu, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad berharap agar kedua rakan baiknya itu dapat selesaikan permasalahan ini dengan baik dan adil.
“Saya nak komen lebih-lebih pun tak boleh sebab tak ada di pentas mereka kan, tapi mereka sahabat baik saya dan ini satu dugaan untuk mereka sebab selama ni nak sangat jadi popular. “Saya kenal mereka sebab Shuib dan Jep memang rapat dan tidak mungkin akan bergaduh macam ni sekali, kalau ada tu pun perkara biasa saja, harap jangan la berpecah sebab sakit sebenarnya kalau berpecah macam saya dulu pernah lalui itu. “Kepada orang di luar atau netizen yang tak tahu cerita jangan tokok tambah atau membuat spekulasi yang bukan-bukan, sebab saya tahu mereka bagaimana,” kata Mamat kepada mStar. -CARI
Sumber: mStar
|
babynina30 replied at 9-3-2023 02:29 PM
"Sebab selama ni naksangat jd popular "
Telus betol ayat dia
shida81 replied at 10-3-2023 07:04 AM
Soeb ni mcm sensitive Sgt.. Tp x tau la klu jep dah buat or ckp something yg buat dia terasa...
babynina30 replied at 9-3-2023 10:29 PM
"Sebab selama ni naksangat jd popular "
Telus betol ayat dia
ADVERTISEMENT