CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gaji Permulaan Kecil Sangat, Punca Simpanan KWSP Sikit

9-3-2023 03:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3641| Komen: 4

PETALING JAYA – Gaji permulaan lebih rendah bagi mereka yang memulakan kerjaya sebelum gaji minimum dilaksanakan pada 2013, antara faktor jumlah simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kumpulan usia 40 hingga 54 tahun mempunyai baki RM10,000 atau kurang.


KWSP dalam kenyataannya memaklumkan, faktor lain seperti cabaran struktur gaji di mana 44 peratus penyumbang KWSP mempunyai pendapatan kurang daripada RM2,000 dan 81 peratus mempunyai pendapatan kurang daripada RM5,000.


Gambar Hiasan

“Selain itu, caruman tidak konsisten disebabkan oleh ahli beralih keluar dan masuk dari sektor formal, di mana hanya 45 peratus daripada 4.81 juta ahli dalam kumpulan umur ini telah membuat caruman pada tahun 2022, manakala selebihnya tidak membuat sebarang caruman pada tahun lepas.

“Hanya separuh daripada tenaga kerja sektor swasta di bawah kontrak pekerjaan formal diwajibkan untuk membuat caruman kepada KWSP. Tenaga kerja selebihnya terdiri daripada individu dalam sektor lain seperti pertanian, pekerjaan tidak formal, pekerja kontrak atau pemilik perniagaan,” katanya hari ini.


Menurut kenyataan itu, faktor terakhir ialah sebanyak 2.85 juta atau 59 peratus daripada ahli dalam kumpulan umur ini telah memohon satu atau lebih daripada pengeluaran berkaitan Covid-19 dan mengeluarkan sebanyak RM62 bilion, seterusnya mengurangkan lagi jumlah simpanan mereka.

KWSP menjelaskan, sehingga akhir Disember 2022, terdapat 4.81 juta ahli dalam lingkungan umur 40 hingga 54 tahun, dengan 2.17 juta merupakan ahli aktif dan 2.64 juta ahli tidak aktif (didefinisikan sebagai tidak membuat sebarang caruman dalam setahun lepas).

Sementara itu, KWSP menyambut baik inisiatif sumbangan ‘one-off’ sebanyak RM500 oleh kerajaan yang akan terbuka kepada ahli aktif dan tidak aktif sebagai langkah untuk meningkatkan simpanan persaraan ahlinya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 9-3-2023 03:59 PM
rasanya biasalah tu...mana mana pun sama kecuali anak taukeh
Quote spankee_fili 9-3-2023 06:14 PM
Yang penting increment tahunan tu..
Kalau maintain tiap tahun ada boleh bergerak naik jugak tangga gaji..
Yg sadisnya kalau takda increment, takde bonus.. sebab tu ada yg kita dengar dah sepuluh tahun kerja pun gaji bawah 2k lagi..
Quote umbut 9-3-2023 06:43 PM
Memangler sikit kalo bbnu baru kerja..sabarlahhhh..
Quote cmf_premierleag 9-3-2023 06:46 PM
Nak gaji besar,pi la lompat
Unless mmg selesa dgn gaji ciput tu...so sendiri la buat decision
Takkan nk suruh ketua kampung ko buatkan decision utk masa depan ko lak

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.093374 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top