CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah 28 Tahun Lelaki Hanya Makan Kelapa Dan Minum Airnya Hari-Hari

9-3-2023 03:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4460| Komen: 11

New Delhi: Uniknya seorang lelaki di India kerana tidak makan benda lain selain kelapa, sejak 28 tahun lalu, sebagai alternatif 'merawat' masalah refluks gastro-esofageal (GERD)

Oddity Central melaporkan, Balakrishnan Palayi mendakwa kelapa yang membuatkannya sihat dan cergas.


Balakrishnan sebelum ini disahkan mengalami GERD dan penyakit itu membuatkannya hilang kekuatan sehingga dia sukar bergerak.


Foto: Agensi

Bagi merawat penyakitnya, Balakrishnan mula makan kelapa dan keadaannya menjadi lebih baik hingga dia nekad makan buah berkenaan saja.

"Kelapa mempunyai mineral, seperti kalsium, magnesium, natrium, dan kalium. Ia membantu (dia) mendapatkan semula kekuatan dan kini, saya jadi cergas dan sihat.

"Dia juga mengamalkan diet yang ketat iaitu makan kelapa sahaja," kata vlogger dan pempengaruh dikenali sebagai Shenaz ketika mengadakan temu bual dengan Balakrishnan.



Media tempatan di India melaporkan Balakrishnan adalah pemain bola sepak di kelab tempatan ketika zaman mudanya.

Pada usia 35 tahun, doktor mengesahkan lelaki itu mengalami masalah GERD.

Setiap kali makan, makanan itu ditolak dari perutnya ke dalam esofagus dan kemudiannya dia akan muntah.

Balakrishnan pernah mencuba pelbagai jenis diet tetapi hanya kelapa dan air kelapa yang membuatkannya berasa lebih baik.

Jadi, dia menjadikan itu sebagai amalan selama 28 tahun.

"Saya makan kelapa setiap hari. Keluarga saya juga beralih kepada penanaman kelapa," kata Balakrishnan.

Pada usia 64 tahun, Balakrishnan jauh lebih sihat daripada kebanyakan individu seusianya.

Dia bekerja di ladang keluarga, berenang dan bersenam setiap hari, di samping tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius.

Diet kelapa Balakrishnan pertama kali dilaporkan pada 2019, menerusi artikel New Indian Express hingga mendapat perhatian meluas.

Walaupun ia memberikan beri kesan positif, seorang pegawai perubatan, Dr Tushar Tayal menyifatkan kes Balakrishnan sebagai unik, namun dia tidak mengesyorkan sesiapa mencuba diet kelapa.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 9-3-2023 04:27 PM
bulan puasa mmg iols carikkk air kelapa... lg sedap yg x campur gula, simpan lam peti ais, minum sejuk2 ms berbuka
Quote Kristiecortez 9-3-2023 04:33 PM
Edited by Kristiecortez at 10-3-2023 12:15 PM

I really appreciate the information and advice you have shared with us. Many thanks for sharing this useful and valuable information.   MyHealthOnline
Quote Suchi 9-3-2023 06:01 PM
Ok la jimat, tp iols selalu takut nak minum air kelapa sbb risaukan kalori yg tinggi lelagi kalau minum ngn isi dia sekali
Quote cmf_premierleag 9-3-2023 06:48 PM
Kristiecortez replied at 9-3-2023 04:33 PM
I really appreciate the information and advice you have shared with us. Many thanks for sharing this ...

Thank you .you are welkam
#tiberrrre;
Quote pooh~key 9-3-2023 06:49 PM
Suchi replied at 9-3-2023 06:01 PM
Ok la jimat, tp iols selalu takut nak minum air kelapa sbb risaukan kalori yg tinggi lelagi kalau mi ...

Apa yang jimatnya sis kalau kat malaysia ni satu biji 5 hinggit sis.
Quote pooh~key 9-3-2023 06:50 PM
Kristiecortez replied at 9-3-2023 04:33 PM
I really appreciate the information and advice you have shared with us. Many thanks for sharing this ...

You’re welcome sis.

Jiggle boobs.GIF
Quote Suchi 9-3-2023 07:25 PM
pooh~key replied at 9-3-2023 06:49 PM
Apa yang jimatnya sis kalau kat malaysia ni satu biji 5 hinggit sis.

Jimat aah kalau amik kat pokok, mana tau ada tanam kat umah.
Ada jenis pokok kelapa tu rendang je tak perlu panjant pun nak kait buah.
Quote ninja boy 9-3-2023 09:36 PM
Edited by ninja boy at 9-3-2023 09:40 PM

Zaman budak dulu nak kelapa terus jolok blkg rumah, musim rambutan berumah di pokok rambutan, pokok buah keliling rumah, dan x makan jajan
Quote bintangct 9-3-2023 09:44 PM
kelmarin baru dgr kat ytube diet mkn epel je.. tu kat negeri matsalleh.. dia mkn epel buat mcm² jenis mknan

yg  ni mkn kelapa je pulak.. takyah susah² buat makanan sb terus bole kenyang je mkn gitu kan

tp dua² cerita ni menyihatkan tubuh badan.. we ols kena tukar diet ke ????
Quote borrow 9-3-2023 09:55 PM
Dulu demam diberi minum air kelapa 3 hari berturut2. Rawatan tradisional. Tp elok ka makan setiap hari?  Ada yg ske air kelapa tua , ai minat Kelapa Muda. Yg pandan tu.
Quote antikorok 9-3-2023 11:02 PM
Mesti lerrr sihat pocik ni sebab hanya makan dan minum makanan natural semulajadi gaytohh, tak makan ler makanan proses dan fastfood yg kaya dengan kolestrol, gula, garam, msg, pewarna dan pengawet serta berbagai lagik bahan kimia tersembunyi dlm makanan itteww. Dah buleh geng yachh dgn org Jepun bangsa yg paling ramai centenarian di donia

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.044378 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top