Haram hukumnya sekiranya seseorang itu dengan sengaja mengganggu dan merosakkan rumah tangga orang supaya pasangan suami isteri tersebut bercerai. Menerusi penjelasan pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus berkata, terdapat perbezaan antara mengganggu rumah tangga orang dengan poligami yang dibenarkan di dalam Islam.
“Dalam Islam ini, dia kahwin seorang. Jika kamu kahwin lebih daripada seorang (adalah) dibolehkan, bukan disuruh. Cuma kena faham, kalau makna ‘sondol’ itu ialah orang perempuan yang dia sengaja nak merosakkan rumah tangga orang lain, baru hukumnya haram. “Tapi kalau dia nak berkahwin dengan suami orang, hukumnya harus. Ramai orang salah faham, dia kata kalau kahwin dengan suami orang dikira merampas, salah,” tegasnya menerusi video menjawab soalan sewaktu ditemu bual pendakwah muda, Furqan Fawwaz. Mengulas lanjut, Ustaz Azhar berkata, wanita yang disifatkan sebagai perampas apabila dia berkahwin dengan suami orang, seterusnya menyuruh lelaki tersebut menceraikan isteri pertama.
“Dia kahwin dengan suami orang dan dia suruh cerai isteri tua, perampas. Dia hidup dengan baik, dia akan jadi isteri yang kedua, itu bukan perampas. Itulah yang dibenarkan dalam Islam. “Hukum tu tengok-tengok dulu, bukan dengan emosi. Kalau memang dia ganggu rumah tangga orang supaya ranap rumah tangga itu, supaya bercerai laki bini itu haram. Itu bukan pendapat saya, itu pandangan di sisi Islam,” tegasnya. -CARI Sumber: Kosmo
|
white_musk replied at 9-3-2023 06:10 PM
Tetap nak salahhkan parampuan ... (selamat hari wanita)..
duduk uganda ke tak tahu papatah melayu
...
pokokmeranti replied at 10-3-2023 08:49 AM
kawan aku cakap, pompuan x sanggup poligami bukan sbb risau tak adil atau x xukup nafkah. tetapi pom ...
ninja boy replied at 10-3-2023 12:42 AM
Marah betul wanita2 sekalian, ai bayangkan wanita2 berjemaah berlumba lari beramai2 sambil mekap baj ...
pokokmeranti replied at 10-3-2023 08:49 AM
kawan aku cakap, pompuan x sanggup poligami bukan sbb risau tak adil atau x xukup nafkah. tetapi pom ...
pokokmeranti replied at 10-3-2023 08:49 AM
kawan aku cakap, pompuan x sanggup poligami bukan sbb risau tak adil atau x xukup nafkah. tetapi pom ...
myakayina replied at 10-3-2023 10:51 AM
tak jgk..elok je poligami yg sanggup share totey laki..tapi cuba plk terbalikkan klu perempuan bol ...
mojarean_X replied at 9-3-2023 05:13 PM
Best sgt ke rampas laki orang ni? Ko seumur hidup akan dibayangi bekas bini dan anak2 dia...
pokokmeranti replied at 10-3-2023 12:49 AM
kawan aku cakap, pompuan x sanggup poligami bukan sbb risau tak adil atau x xukup nafkah. tetapi pom ...
ADVERTISEMENT