Sedia maklum Syamsul Yusof enggan ‘melepaskan’ isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana walaupun didakwa mereka sudah tidak menjalani kehidupan berumah tangga selama setahun. "Kita dah lama tak macam suami isteri. Dia dah lama tak jalankan tanggungjawab sebagai suami,”kata Sarah.
Aktres itu bingung mengapa Syamsul bertindak sedemikian dan hanya memberi alasan masih ada sinar dalam hubungan mereka. Terbaharu, Sarah ada berkongsi paparan skrin mesej yang diterima daripada seorang individu yang mendakwa kawannya mengenali Ira Kazar. Dakwa individu itu, Ira berkata Syamsul memang nak bercerai namun enggan berbuat sedemikian kerana tahu Sarah akan menuntut harta sepencarian. "Sol memang nak cerai tapi dia tak bodoh. Kalau cerai nanti sis (Puteri Sarah) akan tuntut harta pencarian mesti dia akan miskin.” |
ADVERTISEMENT