CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isu Rumah Tangga Ketua Polis Negara Dibawa Ke Mahkamah Syariah

9-3-2023 02:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11903| Komen: 91

Isu masalah rumah tangga bekas Ketua Polis Negara akan dibawa ke Mahkamah Syariah.

Tan Sri Musa Hassan mengarahkan peguamnya berbuat demikian untuk tidak mengaibkan mana-mana pihak dan permohonan sedang dilakukan oleh peguamnya kepada Mahkamah Syariah berhubung perlakuan isteri terhadap dirinya.



Kosmo

“Saya lebih selesa dengan proses keadilan perlu melalui undang-undang dan Mahkamah. Isu rumah tangga ini, saya serahkan kepada peguam saya untuk bawanya ke Mahkamah Syariah.

“Sudah tentu saya ada sebab tertentu untuk meneruskan aduan berkaitan isteri saya kepada Mahkamah Syariah jadi biarlah Mahkamah menentukannya,” katanya, di sini.

Katanya, isu berhubung masalah rumah tangganya telah berlarutan sejak tiga tahun lalu.

“Saya juga tidak tinggal serumah dengan isteri sejak enam bulan lalu.

Tambahnya, beliau telah membuat laporan polis pada 1 Mac lalu, dan akan memberi kerjasama dalam membantu siasatan berhubung kes tersebut.


“Saya akan membenarkan pihak polis menjalankan siasatan, tidak perlu saya beri penerangan kepada pihak media sebab semua orang sudah tahu laporan pun sudah diviralkan biar pihak polis jalankan siasatan,” ujarnya.

Musa turut mengingatkan orang ramai supaya menghentikan sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut yang dilihat sengaja menjatuhkan maruahnya sebagai seseorang yang pernah menjawat jawatan tertinggi dalam perkhidmatan awam.

“Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka kerana ingin menjatuhkan maruah saya,” katanya.

Baru-baru ini, tular di media sosial berhubung tiga klip video berdurasi sembilan saat, 56 saat, dan 10 saat dimuat naik pengguna Twitter memaparkan pertelingkahan antara sepasang suami isteri yang turut disaksikan seorang kanak-kanak dalam rakaman itu. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 9-3-2023 02:08 PM
dah tua2 ni, dah ada psangan, buat la kawan, ada teman nak nyembang
Quote limesherbet 9-3-2023 02:15 PM
esbok replied at 9-3-2023 02:08 PM
dah tua2 ni, dah ada psangan, buat la kawan, ada teman nak nyembang

dulu i gi court syariah...80% couple yg mengadap hakim adalah senior citizens
Quote esbok 9-3-2023 02:17 PM
limesherbet replied at 9-3-2023 02:15 PM
dulu i gi court syariah...80% couple yg mengadap hakim adalah senior citizens

apa alasan paling banyak digunapakai? jemu?
Quote Simunggu 9-3-2023 02:21 PM
limesherbet replied at 9-3-2023 02:15 PM
dulu i gi court syariah...80% couple yg mengadap hakim adalah senior citizens

salah satu sbbnya bini monopos emosi kacau..
Quote jazaa100 9-3-2023 02:23 PM
limesherbet replied at 9-3-2023 02:15 PM
dulu i gi court syariah...80% couple yg mengadap hakim adalah senior citizens

Betul....

Nmpak sgt wife tu bodoh....exKPN tu nmpak sabar yahamat, dah 3thn bercekau tak diceraikn....

Kau pun dah tua rasanya....dgr sore dah mcm 40keatas.....klu kau ssbar, exkpn meninggal, sesenang je kau dpt pencen, bkn sikit ....ribu riban....masa tu wlupn dah tua, bangla ada je yg hadap .....

Quote Burong_Hantuk 9-3-2023 02:23 PM
good...profesional!!
Quote ina_na 9-3-2023 02:30 PM
jazaa100 replied at 9-3-2023 02:23 PM
Betul....

Nmpak sgt wife tu bodoh....exKPN tu nmpak sabar yahamat, dah 3thn bercekau tak diceraik ...

Kan dia ckp ex kpn jeles ade org nk ke dia...hehehe..Kalo biarkan rugi pulak..hehehe
Quote orkidorkido 9-3-2023 02:30 PM
Pasangan tua yang bercerai, diaorang tak terpikir pasal cerai. Waktu gaduh, gaduh sungguh sungguh sebab tak terfikir risiko cerai. Sekali si pakcik dah tak tahan, terus kena cerai. Tapi pakcik pakcik ni pun, jarang cerai direct. Selalu akan berkias. Bila acik dengar, acik sedih, terus videocall anak bagi tahu. Pastu lari pergi rumah anak.
Quote orkidorkido 9-3-2023 02:31 PM
Apa kes dia ni? Bini dia buat apa? Rugi la tua pun bercerai. Pencen banyak ooo
Quote Suchi 9-3-2023 02:31 PM
Edited by Suchi at 9-3-2023 02:32 PM

Apala masalah sebenar dorang ni lagi pelik sbb budak kecik tu pun ikut marah bapaknya juga.
Patut dia duk dlm bilik tak perlu tgk semua drama ni.

Tp iols sebenarnya lebih tertarik ngn ayat yg bini dia kuar pasal cina2 tu hehehe
Quote juboqhang 9-3-2023 02:32 PM
Simunggu replied at 9-3-2023 02:21 PM
salah satu sbbnya bini monopos emosi kacau..

dan laki mati pucok....
Quote krustykrab 9-3-2023 02:40 PM
ina_na replied at 9-3-2023 02:30 PM
Kan dia ckp ex kpn jeles ade org nk ke dia...hehehe..Kalo biarkan rugi pulak..hehehe

Nmpk kat tiktok katanya bini bengang sb dpt surat dr mahkamah syariah.
Quote cattiecute 9-3-2023 02:41 PM
video viral tu ex kpn ke? baca dorang kata mirip je tak sangka orang sama
yela nampak laki dalam video tu ala b40 sangat
dengan helmet dan baju semua.
takkan la ex kpn gitu kot
Quote elzy 9-3-2023 02:46 PM
Itulah yang sebaiknya.. Semoga urusan Tan Sri dipermudahkan..
Kesian aib dia tu..
Quote KamikuP 9-3-2023 02:48 PM
Tu bini no 1 ke bini no 2? Eh di ada brp org bini?
Ada org pulis ckp yg bini dia ni mcm gila isim sikit dan bila ckp x hormat soami. Tapi tengok kat video yg tular mmg gentelman dia ni tak cepuk bini dia mcm HR cepuk bini.. ekekekek
Quote noor2 9-3-2023 02:55 PM
Lelaki yg umur 60 ke atas ni rentikanla nk cari perempuan muda kalau stamina dan kesihatan diri pun x kuat mana dan kewangan pun kurang...
Quote sue_liah 9-3-2023 03:20 PM
gitu berlawan lawan permasalahan rumahtangga baik rakyat marhaen, berpangkat, orka
Quote areyam 9-3-2023 03:30 PM
awat Tajuk thread xda BEKAS??
Quote rikiruj 9-3-2023 03:32 PM
orkidorkido replied at 9-3-2023 02:31 PM
Apa kes dia ni? Bini dia buat apa? Rugi la tua pun bercerai. Pencen banyak ooo

Dia kawin no 2 lepas pencen ke sebelum pencen? Kalau lepas pencen.. kalau TS hidup lebih 15 tahun lepas dia pencen, bila TS pergi no 2 satu sen tak dapat.  Cuma dapat melalui share anak (klau TS ada anak dgn dia la).. tapi lepas anak grad maka putuslah duit pencen.  So penyondol kalau nak cari lagi public servant, cari yang Jusa, kalau Turus even better... pastu ingat, kawin sebelum dia pencen..kalau lepas pencen, ada time limit utk dapat pencen.

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.042291 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top