CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Azam Baki Sahkan Muhyiddin Didakwa Esok

9-3-2023 01:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5730| Komen: 31

Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa esok.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, ketika ini bekas perdana menteri berkenaan masih lagi sedang diambil keterangan, selepas Pengerusi Perikatan Nasional itu tiba di Ibu Pejabat SPRM di sini, pada 11.15 pagi tadi.



The Star

Semalam, Ahli Parlimen Pagoh berkenaan menafikan dakwaan beliau ditahan SPRM ketika bermain golf di sebuah padang golf di Selangor, seperti dilaporkan beberapa portal media.

SPRM sebelum ini telah membekukan akaun parti Bersatu, dan beberapa individu termasuk Ketua Penerangan parti itu Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad, didakwa di mahkamah berkaitan projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Perkembangan siasatan kes berkenaan mendapat liputan ramai pengamal media tempatan dan asing, selain penyokong Muhyiddin yang berkumpul di luar bangunan SPRM sejak 7 pagi tadi. 



Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote terma2nkondisi2 9-3-2023 01:55 PM
amat aneh dan kelakar dunia politik ni

dulu pas bersama anwar menentang musuh anwar

sekarang pas bersama musuh anwar menentang anwar

[youtube]CHqcPwfP6D4[/youtube]

[youtube]MQY6jqmpnuE[/youtube]
Quote venom1 9-3-2023 02:08 PM
siapa lagi yang kena lepas ni
Quote s@s@ 9-3-2023 02:14 PM
lagi dan lagi... kasi korek
masa kes zahid itu hari, saksi pun ada ckp kasi duit kt wak kan
Quote pokokmeranti 9-3-2023 02:20 PM
agaknya berapa tahun kes ini ada berlangsung dan berapa kali permohonan tukar peguam, MC, tunda dan semakan?
Quote SWORKS27 9-3-2023 02:21 PM
agak2 ada PRU lg ke mcm gini?
ni la kerja politik sampai mampossssss
Quote Burong_Hantuk 9-3-2023 02:21 PM
Moga dipermudahkan urusan
Quote orkidorkido 9-3-2023 02:33 PM
Kita tengoklah apa akan jadi
Quote elzy 9-3-2023 02:51 PM
Kos sara hidup, inflasi tak habis lagi.. asyik isu politik yang diada-adakan saja..
Syukur Malaysia masih aman..
Quote terma2nkondisi2 9-3-2023 03:09 PM
orkidorkido replied at 9-3-2023 02:33 PM
Kita tengoklah apa akan jadi

bagus utk rakyat secara amnya kes2 mcm ni masuk mahkamah

masa perbicaraan nanti, rakyat boleh baca perincian soal jawab saksi2 kes dan sedikit sebanyak boleh tau game politikus2 ni

sekiranya tak didapati bersalah pun seperti kes ultra kirana zahid, rakyat boleh sekurang2nya tau sikit2 apa yg berlaku di sebalik tabir politik seperti duit atas nama sumbangan politik dibayar kepada politikus2 lain spt muhyiddin, mahathir, khairy, shahril hamdan, chan kong choy dan lain2
Quote fairiza 9-3-2023 03:12 PM
SWORKS27 replied at 9-3-2023 02:21 PM
agak2 ada PRU lg ke mcm gini?
ni la kerja politik sampai mampossssss

Kenapa nak kene pru?
Quote tripleid 9-3-2023 03:12 PM
PNyamun best..













Quote fairiza 9-3-2023 03:13 PM
Aku cam konpius, kat tik tok kan main meriah dok soladariti abah tp kat forum sendu. Errr penyokong abah x ramai ke kat forum?
Quote SWORKS27 9-3-2023 03:18 PM

aduhhhhh...mcmna nak jawab nih.....
Quote rikiruj 9-3-2023 03:19 PM
Justice for Abah..
Quote SWORKS27 9-3-2023 03:21 PM
fairiza replied at 9-3-2023 07:13 AM
Aku cam konpius, kat tik tok kan main meriah dok soladariti abah tp kat forum sendu. Errr penyokong  ...

kat forum ni bukan best pun nak berkokok...skrg dlm forum seronok hantam macahai PH je....abah kow ni best kat tik tok....lagi paduuuu..sini buat apa? berapa kerat je pun amik kisah...
lagi best hantam PH ho ya hoi kawan sama penyamunnn..kasi suci itu ammeenuuuuuu
Quote Orix 9-3-2023 03:25 PM
harap atok tersenyum sinisssss
Quote Firenzza 9-3-2023 03:30 PM
Sepatutnya wak yidin sibuk bagi bantuan pengundi2 dia kena musibah banjir kat pegoh...tp sebok plk melayan seprmm la pulop
Quote supernaturalee 9-3-2023 03:43 PM
serabut la msia ni
x hbs2 rasuahnya
Quote rogayahtop 9-3-2023 04:29 PM
bolehlah main golf kat sg buluh dgn jibby nanti [em:16:]

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.100319 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top