CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bersatu Cabar Keputusan SPRM Beku Akaun Dengan Niat Jahat

9-3-2023 01:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3118| Komen: 1

Satu permohonan semakan kehakiman akan difailkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi mencabar keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun banknya bagi tujuan siasatan.


Permohonan itu difailkan peguam Datuk Muhammad Suhaimi Yahya dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi pihak parti di Mahkamah Tinggi di sini semalam, menerusi Tetuan Chetan Jethwani Co dan menamakan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dan 19 individu lain selaku responden pertama hingga ke-20.


Reuters

Mereka mendakwa keputusan membekukan akaun bank itu dilakukan dengan niat jahat.

Mereka juga mendakwa suruhanjaya itu telah menyalahgunakan kuasa mereka dengan menjalankan pendakwaan politik terpilih terhadap kepimpinan Bersatu, Perikatan Nasional (PN) atau Muhyiddin.

Mereka juga memohon perisytiharan mahkamah terhadap SPRM bahawa suruhanjaya itu tidak boleh mengikut arahan pemimpin parti pemerintah yang berada dalam kerajaan atau mengikut arahan perdana menteri dan/atau timbalan perdana menteri dengan meminta pegawai SPRM memulakan siasatan terhadap Bersatu, menyebabkan keluarnya perintah pembekuan yang didakwa salah.


Menurut dokumen mahkamah, Presiden Bersatu itu juga memohon perintah interim membolehkan beliau bergerak bebas dan melakukan perjalanan ke luar negara tanpa sekatan.

Muhyiddin dijadual berangkat ke London pada 14 dan 15 April ini sebagai penceramah ucaptama persidangan tahunan pertama Global Council for Political Renewal (GCPR).


Loading FB Post...

Menurut permohonan itu, imigresen baru-baru ini telah mengenakan larangan perjalanan ke atas Muhyiddin ‘secara tidak sah tanpa sebarang alasan yang munasabah’ dan tanpa diserahkan notis rasmi.

“Pemohon (Muhyiddin) mendakwa terdapat usaha untuk menuduh atau mengaitkan beliau atau Bersatu dengan rasuah dan salah guna kuasa.


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote juboqhang 10-3-2023 12:03 AM


Good luck

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.042449 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top