Sejak dah mengaku menjalin hubungan cinta, Shila Amzah dan Ubai sering menjadi perhatian. Terbaharu, tular sebuah video di TikTok di mana Ubai berbincang tentang persiapan perkahwinan mereka ketika live.
“Doorgift dah tempah, nak sponsor ke? Kami akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Sponsor-sponsor boleh masuk, doorgift ke pelamin,” katanya. Shila kelihatan tersipu malu dengan usikkan kekasih hatinya dan terus menafikan perkara tersebut. “Jangan dengar cakap ubai ni. Kitorang nak kahwin hari Sabtu kan? Merepeklah dia ni. Selagi awak tak propose betul-betul, saya takkan kahwin dengan awak, simple.
“Awak kena bagi moodboard, hantar proposal properly, colour apa colour scheme dia, kat mana venue,” jelasnya. Wah gitu curlass permintaan Shila, harap Ubai tunaikan. -CARI
|
ADVERTISEMENT