Sudahlah dipotong alat sulitnya, malah kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang hampir maut dibiarkan kesakitan dalam parit di Afrika Selatan. Menurut Harian Metro memetik laporan Mirror, mangsa ditemukan penduduk tempatan dalam keadaan terbaring berlumuran darah di dalam belukar selepas mendengar mangsa menjerit meminta tolong ketika mereka mengejar dua penjenayah .
Mereka yang pada mulanya menyangka mangsa ditikam, terkejut apabila mendapati kemaluan murid sekolah itu dipotong dan hampir maut akibat kehilangan darah. Difahamkan, kanak-kanak malang itu ditemukan di tanah terbiar berhampiran lombong emas di penempatan haram Blue Skye dan berita mengenai kekejaman terhadapnya mencetus kemarahan penduduk tempatan. Malah, kejadian di di bandar Boksburg di Wilayah Gauteng itu membuat ibu bapa ketakutan. "Siapa yang menganiaya anak kecil itu sangat kejam.
"Menyembur lada kepada kanak-kanak itu sudah cukup buruk tetapi memotong kemaluannya adalah tindakan biadab dan mangsa akan mengalami masalah mental sepanjang hayatnya. "Saya mengenali kanak-kanak lelaki itu dan dia sering berada di sekeliling mencari sedikit makanan, sentiasa tersenyum serta sopan orangnya. "Dia ditemukan di padang tanpa alat sulit, dan tidak dapat melihat dengan baik akibat semburan lada yang amat menyakitkan," kata seorang penduduk yang enggan namanya didedahkan. Mengesahkan kejadian, Komander Balai Polis Afrika Selatan Boksburg Kolonel Matshidiso Mbele berkata, pihaknya sedang menyiasat kes berkenaan atas dakwaan cubaan membunuh, namun enggan mengulas mengenai kecederaan dialami kanak-kanak itu. - CARI
|
ADVERTISEMENT