Sebuah kereta jenis Mazda CX5 ditenggelami air dan nyaris dihanyutkan ke dalam laut di kawasan Pantai Temalah, Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor. Kejadian itu berlaku ketika kenderaan yang dinaiki dua lelaki dan satu wanita warganegara Malaysia sedang bersiar dan menyusuri pantai berkenaan.
Ia berpunca dari air laut yang ketika itu sedang pasang dan mangsa terlibat tidak menyedari kejadian air pasang ini dan mangsa juga terlalu asyik serta kurang berpengalaman tentang keadaan laut. Kenderaan yang terlibat telah berjaya ditarik keluar dengan menggunakan Kenderaan 4×4 milik salah seorang penduduk tempatan. Sumber dan petikan: Polis Balai Kuala Sedili
|
KamikuP: Nak healing kew tu sampai tak ...
ADVERTISEMENT