CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jasper Supayah Selalu Jadi Mangsa Rasis, Ditindas Gara-Gara Berbeza Agama

9-3-2023 11:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4996| Komen: 13

Jasper Supayah tampil mendedahkan dirinya sering dihantui dengan masalah perkauman sepanjang penglibatannya dalam industri seni hiburan tanah air.

Menurut Jasper, ramai yang tidak mengetahui bahawa dirinya bukan Islam biarpun sering memegang watak wanita Melayu menerusi drama yang dilakonkannya.


Foto: IG

Malah, pelakon berdarah campuran Cina dan India itu mengakui selesa dan gembira untuk mendalami budaya Melayu dan Islam setiap kali perlu menjayakan sesuatu watak.

“Dulu dan baru-baru ni jadi lagi sekali, saya pernah kena di mana salah seorang dalam industri bila semua benda dah confirm, tapi nama saya ditolak sebab nama saya ada ‘anak perempuan’.


“So dari situ saya rasa kecil hati sikit sebab selama ni saya cari rezeki halal dalam industri melayu dan semua kawan-kawan, producer, pengarah Melayu yang kenal saya memang sayang saya sebab saya dah serasi dengan budaya melayu.

“Tapi, rupa-rupanya ada lagi mereka yang masih ada isu perkauman. Sayang sebab saya rasa dalam Islam mereka tidak diajar untuk racist,” katanya.



Biarpun terpaksa menelan kisah duka sebagai anak seni, Jasper bagaimanapun meluahkan rasa kecewa dengan tindakan sesetengah produksi yang dianggap masih berfikiran di dalam kotak.

Namun, dirinya tidak pernah berputus asa dan menyerahkan segala urusan rezekinya kepada Sang Pencipta.



“Saya rasa sedih dan terkilan tapi saya positif. Saya rasa kesian dekat individu tersebut sebab walaupun dia orang atasan, tapi mindset tu masih dalam kotak. Masa nak setuju offer tu dia puji lakonan saya tapi tu lah.


“Bagi saya rezeki tak datang dari mereka. Semuanya datang dari tuhan dan saya bersyukur rezeki saya sentiasa ada. Saya rasa sebab saya pun seorang yang boleh ditegur dan saya sedar yang saya kena hormat bila masuk rumah orang macam ikut adat dan tak terus langgar je semua nanti tak ada adab pula,” jelasnya. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MsKathryn 9-3-2023 11:38 AM
Lawa dia ni … berlakon pn ok
Quote zuliana29 9-3-2023 11:39 AM
lor, nama ada 'anak' pun jadi isu huhu..
more to chinese la muka dia.. cantik
Quote dewi_rina 9-3-2023 12:39 PM
Tengok citer yg dia berlakon, ada sophia barakbah tu.. baru tahu nama betul dia
And baru tahu dia chindian
Quote chikumanis 9-3-2023 12:49 PM
cindian ni kalau gen C lagi banyak, memang putih la jadinya. tapi kalau gen I lagi bnyak, muka jadi eksotik (untuk yang menjadi je)
Quote zarulnazmi 9-3-2023 01:05 PM
Edited by zarulnazmi at 9-3-2023 01:11 PM

Aku ada kawan sekolah yang sebijik muka Melayu tapi non-muslim sampai waktu bulan puasa asyik kena tangkap dengan cikgu-cikgu yang tak kenal dia dan tuduh dia tak puasa. Padahal dia bapa India emak Cina. Sampai ke satu tahap orang tuduh dia guna IC palsu atau tuduh dia murtad bila dah terang-terang nama dalam IC dia bukan nama Melayu dan takde pun tulis ISLAM.
Quote Suchi 9-3-2023 04:30 PM
Rileks je dia buh caption alhamdulillah

Ig pun guna BM je
Camni baru laa bebetul warganegara malaysia
Quote Kurex 9-3-2023 04:39 PM
Gambar 1st macam viviana
Quote jihyomelly 9-3-2023 05:02 PM
Kurex replied at 9-3-2023 04:39 PM
Gambar 1st macam viviana

betul hidung dgn muka v shape sama dgn viviana wanita berloceng
Quote kechikchomel 9-3-2023 05:15 PM
Budak sekolah iolss dulu ada nama Sew Fong. Tapi cakap Tamil, kulit pun gelap. Pastu ada tanda apa tu kat dahi tu. Kawan pun dgn budak² India.
Quote anony-mous 9-3-2023 05:43 PM
Hek eleh baru 1 kes. Melayu hadap byk kali waktu keje dgn kaum C
Quote anony-mous 9-3-2023 05:44 PM
chikumanis replied at 9-3-2023 12:49 PM
cindian ni kalau gen C lagi banyak, memang putih la jadinya. tapi kalau gen I lagi bnyak, muka jadi  ...

I suka tgk yg byk I lg sbb muka eksotik mcm tiara jaq
Quote kelip2_07 9-3-2023 05:48 PM
cindian kulit koko lg lawa aku rs
Quote eely_shana 9-3-2023 08:35 PM
Dia ni berlakon ok. Mengacara pun ok.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.274696 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top