Anak Ayda Jebat, Ana Nayla yang mula dilamar menjadi duta untuk beberapa jenama. “Pada awalnya saya risau. Bukan mudah untuk menjalani penggambaran dan sesi fotografi, orang dewasa pun penat, apatah lagi bayi.”
Menurut Ayda, dia dan suami, pengacara Nabil Mahir meletakkan syarat sekiranya mahu mengambil Nayla menjadi duta. “Nayla bakal menginjak usia dua tahun pada September ini. Mula-mula memang saya dan suami risau, takut Nayla penat mahu menjalani penggambaran atau sesi fotografi. Namun, saya fikirkan ini rezeki anak. Barangan yang mahu menjalin kolaborasi pun sesuai untuk bayi dan kanak-kanak. Nayla pun memang menggunakan jenama terbabit. “Jadi, kami letakkan syarat jika mahu melakukan sesi penggambaran dan fotografi, mestilah ia dihabiskan secepat mungkin. Syukur, ketika ia berlangsung, Nayla memberikan kerjasama yang baik dan dia suka dengan suasana di set penggambaran. Kami memberikan Nayla rehat secukupnya serta memainkan lagu kegemarannya ketika sesi terbabit,” kata Ayda.
|
ADVERTISEMENT