CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shiha Zikir Buka Kedai Nasi Ayam

9-3-2023 11:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5060| Komen: 17

Shiha Zikir mengumumkan dia akan membukan sebuah restoran nasi ayam pada 16 Mac ini.

Menurut Shiha di TikTok, restoran yang dinamakan sebagai Shiha Zikir Nasi Ayam itu dibuka di sekitar Kampung Baru.


Dalam perkongsian tersebut, Shiha juga sempat berkongsi suasana kedainya yang hampir siap untuk dihias.

Foto: IG

“Hari ni saya ada bersama orang hebat yang sedang fokus menyiapkan lukisan saya. Alhamdulillah, saya rasa memang dah betul-betul siap dah pun cuma, tunggu masuk perabot,” katanya.

Selain itu, Shiha turut mengajak orang ramai untuk menghadiri majlis pembukaan restorannya itu nanti.



“Korang please kita jumpa dekat Shiha Zikir Nasi Ayam yang terletak di Kampung Baru pada 16 Mac, okay? Korang dah boleh datang dah.


“Insya-Allah saya cuba bagi yang terbaik untuk semua orang selesa dekat sini. So, jumpa nanti!,” jelasnya. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ShyDoll 9-3-2023 11:16 AM
Nampak kedai ni smlm. Macam grand, tapi persaingan banyak betul kat situ.
Quote LadyCarefree 9-3-2023 12:38 PM
mesti tak sedap. Even satay alif yg kemain gebang tu pun xsedap.
Quote sleepandream 9-3-2023 01:08 PM
ada menu rahmah tak... tiberrr
Quote ShyDoll 9-3-2023 01:21 PM
area situ kan banyak nasi2 pelbagai pilihan lauk pauk. Dan dia bukak just nasi ayam. Payah kot nk survive. Tak tahula..kena cuba dulu..dah banyak artis bukak kedai tapi lps tu tggl sejarah.
Quote naina 9-3-2023 01:35 PM
Wow Nasi ayam..feveret 1 keluarga. Semalam Baru masak Nasi ayam guna basmati sunflower..guna resepi che nom tu menjadi. Sedap Dan senang..semoga berjalan Shiha zikir. Kalau panas2 memang sedap. Harap ayam Dan nasinya tak kejung la
Quote prizadane 9-3-2023 01:41 PM
kawasan tak strategik la Shiha oi. Risau kang kedai tu jadi sendu, sesendu karier nyanyian hang.

Dah la parking kat kg baru ni pun susah. Sepatutnya buka kat tempat yang senang parking
Quote doridori_hi 9-3-2023 04:28 PM
Kena saing masakan panas , nasi air lah, lauk pauk byk taktau nk pilih mne, ..
Quote pujanggacinta 9-3-2023 05:51 PM
cantik deco design kedai nasi ayam...
Quote febreze 9-3-2023 06:12 PM
prizadane: kawasan tak strategik la Shiha ...




sendu lpastu nk jd pelawak pulakk
Quote likilu 9-3-2023 06:22 PM
Motip muka ko sebesar besar dalam kedai ko ingat dewan?
Quote Sazreena 9-3-2023 06:51 PM
Duit ada tapi kalau lokasinya gagal tak ke mana juga. Kat Kampung Baru tu sakneka makanan ada..arab, makanan indon, tomye, nasi campur apa je yg xde. Good luck la anyway.
Quote eely_shana 9-3-2023 08:30 PM
Tahniah. Moga bisnes makin maju.
Quote annadonna 9-3-2023 08:35 PM
Kampung Bharu tu syurga makanan. Kalau kena caranya boleh je laku
Quote lotusteratai 9-3-2023 09:44 PM
besarnya kedai dia, sewa mesti mahal...bpe la harga nasi ayam dia ni? aku tak rasa menu rahmah sbb nmpk overhead cost tinggi ni
Quote myakayina 10-3-2023 11:08 AM
mcm nak buat nasi ayamlah esok..
Quote GegarVaganja 10-3-2023 11:36 AM
Kalau nasi ayam dia betul sedap, confirm la orang akan dtg.
tapi kalau rasa pun sendu, sesendu karier kau Shiha,
Ganja ucapkan, selamat berjaya yo lah.
Ganja tehtap pemenat Atan Nasi ayam jah.
kedai pun tepi jalan je.

Quote putericahaya999 10-3-2023 11:42 AM
LadyCarefree replied at 9-3-2023 12:38 PM
mesti tak sedap. Even satay alif yg kemain gebang tu pun xsedap.

Baru nk try mmg xsedap ye

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.095097 second(s), 45 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top