CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sejak Kecil Tak Dijaga Atau Diberi Nafkah, Ibu Ugut Anak Perempuan Susah Bersalin Kalau Tak Datang Jenguk Bapa Sakit

9-3-2023 11:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5238| Komen: 28

Seorang wanita mendakwa tidak mendapat kasih sayang bapa lantaran dibesarkan oleh ibu saudara.

Enggan mendedahkan identitinya, katanya sejak kecil sehinggalah berumah tangga, lelaki tersebut tidak pernah menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.



Gambar Hiasan

"Untuk pengetahuan, saya dibesarkan oleh ibu saudara sejak lahir. Ibu akan jenguk seminggu sekali manakala bapa setahun sekali iaitu pada hari raya.

"Bapa saya tidak pernah menjaga atau memberi nafkah kepada saya sehingga saya berkahwin. Dia juga sering menyakiti ibu dan bertukar isteri.

"Saya pernah dipukul bapa kerana pulang lewat daripada acara hari jadi rakan sekelas," luahnya.

Disebabkan kenangan pahit yang ditinggalkan bapanya, wanita berkenaan berkata apa yang berlaku sentiasa menghantuinya dan menyebabkan dia menyimpan perasaan dendam.

Bagaimanapun seiring dengan usianya yang meningkat dewasa, dia mengakui tidak lagi menyimpan dendam tambahan pula bapanya juga sudah berusia.


Namun satu perkara yang berlaku baru-baru ini benar-benar membuatkan wanita itu berada di dalam dilema di antara kewajipan sebagai seorang anak dan juga kesihatan diri.

"Ibu menyuruh saya pulang bertemu dengan bapa saya kerana beliau sedang sakit tua.

"Saya tengah sarat mengandung, due date lagi dua minggu. Ibu berkata jika tidak pulang untuk meminta maaf kepada bapa, saya akan mengalami kesukaran proses bersalin.

"Sudah lama saya hilangkan rasa dendam itu kepadanya. Soalan saya, adakah berdosa jika saya tidak menjenguknya dan benarkah Allah akan menyukarkan proses bersalin saya kelak?" luahnya dalam kiriman mesej yang disiarkan di laman Twitter @confesstweetmy.

Dalam pada itu, ruangan komen 'meriah' dengan pelbagai pandangan serta komen warga maya berhubung situasi yang dialaminya.

Segelintir daripada mereka menyarankan agar wanita berkenaan menjalankan kewajipan sebagai seorang anak meskipun pernah melalui episod pahit sebelum ini.

"Pergi saja minta maaf dan terus balik. Hanya jalankan tanggungjawab sebagai seorang anak. Biarkan dia tak jalankan tanggungjawabnya, jawablah dia nanti.

"Bergantung kepada kamu. Kami tiada di tempat kamu. Ayah kamu dah tua, bila-bila kubur kata mari. Kalau nak jumpa, teruskan. Takut dia mati, satu hari nanti kamu menyesal.

"Baik buruk ibu ayah tu, dia tetap ibu ayah kita sampai mati," demikian pandangan segelintir warga maya.

Namun sebahagian yang lain pula berpandangan sebaliknya.

"Tak ada masalah pun taknak maafkan kalau diri dizalimi. Itu hak anda. Tapi sesungguhnya Allah beri ganjaran besar dekat akhirat kalau kita maafkan seseorang.

"Abaikanlah... lagi dua minggu, fokus kepada diri sendiri. Selepas pantang nanti baru fikir nak balik jumpa atau apa.

"Tak payah kot... minta maaf untuk apa kalau dari kecil tak duduk dengan dia. Patutnya ayah yang minta maaf sebab tak pernah beri nafkah dan jalankan tanggungjawab," demikian antara pandangan netizen. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asha 9-3-2023 11:16 AM
kurang faham,bapak die balik sthn skli tp bgtau prnh kena pkul bapak sbb balik lmbt dr acara hari jadi rakan kelas. ke birthday kwn die wktu raya?
Quote umbut 9-3-2023 11:21 AM
Mak jahat camtu ko buang je dari hidup ko.. apahal nak ugut2 dah ler x bela tau beranak je
Quote rogayahtop 9-3-2023 11:28 AM
Kesian dgn yg takda makbapak yg jaga anak  baik2 ni. Ada yg adik beradik pun sama je perangai setan siap awal2 dah tukar geran dah jual harta makbapak.

Akak tak setuju langsung dgn tetap makbapak jahat mcmanapun. Padahal ramai je pelacur chowkit tu jaga anak tak tau bapak mana satu. Anak2 penyangak keluar masuk penjara  pun ramai yg baik2.. Kalau nak jumpa dgn makbapak spesis setan ni bergantung kpd diri sendiri, sekadar berterinakasih donate sperma dan telur.
Quote pokokmeranti 9-3-2023 11:32 AM
pergi jumpa ayah tu bawa la peneman sekali. jgn pergi sorang lak. tanggungjawab kamu utk menghormati ibu dan ayah bukannya menafkahkan mereka. kerana mereka kamu lahir kedunia cuma kasih sayang tidak diperolehi
Quote nolya 9-3-2023 11:32 AM
Sbg anak, jenguklah ayahmu yg sedang terlantar sakit. Mudah2an masih ada sisa silaturrahim antara bapak dgn anak, waima apa juga layanan buruk yg telah diberikan dulu.  Biarlah Allah mengadili, ttpi bg anak berikanlah kemaafan kerana kemaafan akan melegakan rasa dendam di hati. InsyaAllah, Allah maha adil untuk memberi kifarah kpd hambanya, samada derhaka hamba kpd DIA atau derhaka manusia sesama ahli keluarga.  Kembalikan semua kpd keadilan Allah swt kerana bila Allah menghukum, maka hukumannya akan lebih berat drp apa yg dpt dibalaskan oleh sesama.
Quote pekanwoohoo 9-3-2023 11:44 AM
asha replied at 9-3-2023 11:16 AM
kurang faham,bapak die balik sthn skli tp bgtau prnh kena pkul bapak sbb balik lmbt dr acara hari ja ...

Cerita fantasi demi like semata memang selalu plot tak seiring dengan jalan cerita.  
Quote arasham 9-3-2023 11:50 AM
nolya replied at 9-3-2023 11:32 AM
Sbg anak, jenguklah ayahmu yg sedang terlantar sakit. Mudah2an masih ada sisa silaturrahim antara ba ...

Beliau sedang tunggu hari bersalin. Boleh ke buat video call saja? Jika mak ayah tak ada telefon pintar, minta tlg adik beradik lain atau sesiapa yg ada dengan ibu bapa tu. Mak pun patutnya mudahkan urusan anak insya Allah urusan beliau dan suami yg di sayangi itu Allah ‎ﷻ mudahkan.
Quote asamfish 9-3-2023 11:58 AM
tgh ngandung...lagi few weeks due date...tak perlu nak berjumpa bapak...doa dari kejauhan tetap sampai....dan sangatlah merepek kalau tak buat, nnt bersalin susah...itu semua kuasa tuhan....makpak yg ugut2 mcm ni sgt toksik!!!!
Quote asamfish 9-3-2023 12:00 PM
arasham replied at 9-3-2023 11:50 AM
Beliau sedang tunggu hari bersalin. Boleh ke buat video call saja? Jika mak ayah tak ada telefon p ...

ni jenis makpak toksik!  dorang ni la yang selalu label anak derhaka, sedangkan mereka once upon a time adalah makpak yang derhaka!  biasanya makpak mcm ni adalah makpak yang mengATM machine kan anak2

Quote arasham 9-3-2023 12:09 PM
asamfish replied at 9-3-2023 12:00 PM
ni jenis makpak toksik!  dorang ni la yang selalu label anak derhaka, sedangkan mereka once upon a ...

Kan dah dekat2 nak ke sana pun masih lagi keras hati dan tidak bertaubat. Na’uzubillahhiminzaliq
Quote nolya 9-3-2023 12:18 PM
arasham replied at 9-3-2023 11:50 AM
Beliau sedang tunggu hari bersalin. Boleh ke buat video call saja? Jika mak ayah tak ada telefon p ...

Ye tak ye juga kan?  Tak video call pun, tepon aje lah, bercakap dlm telefon, minta maaf tak dpt datang/bertemu kerana dlm menunggu hari. Buatnya nanti terberanak dlm perjalanan, lagi kecoh jadinya. Bercakap dlm telefon aje, saling maaf memaafkan dn berikan doa yg sebaik2nya. Janji, bia dah bersaling dn keadaan mengizinkan, akan jenguk bapak dn bawa cucunya. Jika bapa tak panjang umur, itu Allah aje le yg menentukan.  Maknya pun, kenapalah mendoakan yg tak baik buat anak. Jika terjadi sesuatu, rasa puas hati ke jika anaknya dpt musibah ketika melahirkan?.

Membaca drp kesah2 begini, haruslah kita sekalian yg ada anak dn keluarga, memetik jadikan iktibar dan pedoman, sesungguhnya bukan anak aje yg derhaka kpd ibu bapa, ttpi ibubapa juga ada derhakanya terhadap anak2. Anak2 itu adalah asuhan ibubapa sedangkan ibubapa adalah acuannya. Ibarat kueh yg dibakar dlm acuan yg mulus bentuknya, tak kan kuehnya berbentuk kemik kan?

Quote arasham 9-3-2023 12:27 PM
nolya replied at 9-3-2023 12:18 PM
Ye tak ye juga kan?  Tak video call pun, tepon aje lah, bercakap dlm telefon, minta maaf tak dpt d ...

Masa nisfu syaaban ada hadis ttg orang yg tidak diampunkan dosanya.
1. Orang yg mensyirikkan Allah
2. Orang yg bermusuhan dan pendendam( tidak mau berbaik)
Jika ikut kesah, sianak yg dibesarkan oleh org lain sudah tiada dendam pada mak/ayah.
Mak/ayah pulak ketegaq perangainya..
Apa2 pun jika kisah ini benar, mudahkan lah urusan mereka. Allahhumma la sahla, illa ma ja’al tahu sahla, wa an ta taj’alul hazna iza syik ta sahla..
Jika ini kisah dongeng, kita ambillah iktibar.
Quote honeybee1802 9-3-2023 12:31 PM
arasham replied at 9-3-2023 11:50 AM
Beliau sedang tunggu hari bersalin. Boleh ke buat video call saja? Jika mak ayah tak ada telefon p ...

Betul tu..yg mak pun...apsal anak tgh sarar dok main ugut gitu plak....
Cuma 1 la...sbb iols dlm situasi tu jgk...tak yah la nak sempat dendam igt penyeksaan zmn lapau tu..menyeksa diri je semua tu...
Video call kang abis pantang boleh le bwk2 visit as tanda hormat....
Quote Decaffeinated 9-3-2023 12:34 PM
Apa mak dia makan sampai ada kuasa kasi susah beranak?
Quote nolya 9-3-2023 12:50 PM
Decaffeinated replied at 9-3-2023 12:34 PM
Apa mak dia makan sampai ada kuasa kasi susah beranak?

Emak ini selfish. Hanya tau berdendam kerana anak tak silaturaheem dgn dia dn suami, tapi dia lupa sikap dia terhadap anaknya yg menyebabkan anaknya bersikap tidak ramah dn bersahbat dgn mereka.  Satu paparan sandiwara keluarga yg harus jadi sempadan bagi kita yg masih ada keluarga.
Quote Thunderclouds 9-3-2023 12:51 PM
Mak yg baik xkan merapik yg bukan² utk anak.
Periodttt.
Quote maharani_gebu 9-3-2023 02:25 PM
klau ikutkan mak dia pun tak boleh selfish lar... Mak jenis ape main ugut doa anak yg bukan-bukan?

Anak tu mmg doc kata due lg 2 minggu tp klau ngandung sulung biase jangkaan kelaut...

Boleh aje buat VC dulu,.... Esok lusa dh branak lpas pantang pegilah jenguk.... itupun klau nak lar....
Quote Suchi 9-3-2023 02:36 PM
Maknya pun kenapa ugut camtu? Anak tu kan tgh tunggu ari tah2 anytime je nak terberanak.
Kalau jauh sgt bapak dia bahaya gak tuk dia jln jauh.
Kalau dekat takpela g jela jenguk kejap, susah la main2 ugut nih
Moga iols tak jadi mak yg suka ugut2 nih.. gunakanlah kelebihan kita sbg mak ni dgn doa yg baik2 je buat anak2.
Quote jazaa100 9-3-2023 02:37 PM
asha replied at 9-3-2023 11:16 AM
kurang faham,bapak die balik sthn skli tp bgtau prnh kena pkul bapak sbb balik lmbt dr acara hari ja ...

Aku pun tak paham pasal tu....
2x baca.....masih x paham

Kekdg anak ni, drama je lebih, nk mintak simpati

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.484298 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top