CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiga Beradik Naik Motor Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

9-3-2023 10:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3144| Komen: 2

Lahad Datu: Tiga beradik termasuk kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kampung Bekapit, Jalan Tungku, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 7 malam itu, mangsa, Ellaine Sappari, 4, kakak serta abangnya, Isang, 39, dan Amil, 45, yang menaiki motosikal Honda Wave disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, jam 7.02 malam.


Foto: Harian Metro

Katanya, lima pegawai dan anggota bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu digerakkan ke lokasi.

"Kemalangan membabitkan lapan mangsa dari tiga kenderaan iaitu motosikal Honda Wave, Mitsubishi Triton dan Isuzu D Max.

"Tiga mangsa yang menaiki motosikal disahkan meninggal dunia, manakala lima lagi mangsa daripada dua kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, tiada operasi menyelamat dilakukan oleh pasukan bomba hanya pemeriksaan oleh anggota EMRS kepada mangsa terbabit.

"Operasi ditamatkan pada 8.50 malam," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 9-3-2023 10:59 AM
LAHAD DATU: Kanak-kanak perempuan 4 tahun antara tiga beradik yang maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kampung Bekapit, Jalan Tungku, malam tadi.

Dalam kejadian jam 7 malam, mangsa Ellaine Sappari, 4, kakak serta abangnya, Isang, 39, dan Amil, 45, yang menaiki motosikal Honda Wave disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 7.02 malam.

Lima pegawai dan anggota bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu digerakkan ke lokasi.

“Kemalangan membabitkan lapan mangsa daripada tiga kenderaan iaitu motosikal Honda Wave, Mitsubishi Triton dan Isuzu D Max.

“Tiga mangsa yang menaiki motosikal disahkan meninggal dunia, manakala lima lagi mangsa daripada dua kenderaan tidak cedera,” katanya dalam kenyataan.



Quote JunkMail 9-3-2023 11:09 AM
Jap jap.... budak ni umur 4 tahun, abang dan kakak nya umur 39 dan 45??

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.184037 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top