Oleh Izzah Abbasy
Kaki yang licin tanpa bulu selalu menjadi dambaan setiap wanita. Jika ada bulu dirasakan seperti kaki lelaki pula. Pelbagai cara akan dicuba untuk menghilang dan menghalang bulu ini daripada ditumbuh. Anda sendiri mungkin pernah mendengar bahawa mencukur bulu kaki boleh menyebabkan bulu kaki tumbuh lebih gelap, tebal dan lebat. Sama ada ia mitos atau sebaliknya, entri ini akan merungkai kebenaran di sebalik dilema wanita yang mendambakan kaki yang licin bak sutera ini. Menurut pakar dermatologi dari Universiti Tulane iaitu Ron Davis, kenyataan ini tidaklah benar. Hakikatnya, pertumbuhan bulu bermula dari folikel bawah kulit dan ia tidak mempunyai kaitan dengan bulu di atas permukaan kulit atau jumlah folikel. Malah, mencukur bulu kaki tidak memberi kesan kepada tekstur bulu kaki. Apabila anda mencukur bulu kaki, sebenarnya anda mencukur permukaan kulit iaitu sehingga akhir bulu kaki di mana bulu kaki menjadi tumpul. Hasilnya, anda sendiri akan merasa seakan tajam setelah mencukur. Namun, apabila anda melakukan wax atau menggunakan produk penyahbulu, bulu kaki akan lebih lembut kerana ia tidak menjadi penyebab bulu kaki tumpul seperti anda mencukur. Jika anda merasakan bulu kaki anda semakin gelap setelah dicukur, jangan risau kerana ia tidak menjadi masalah kerana ia akan kembali seperti biasa setelah beberapa hari selepas terdedah dengan cahaya matahari. Sumber info : Nona
|
5
Bagus |
18
Marah |
9
Terkejut |
26
Sedih |
6
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT