Oleh Izzah Abbasy
Betul ke lelaki yang mempunyai rambut panjang dikira unik? Kini, fesyen berambut panjang sudah menjadi trend. Jika dahulu, ramai yang memandang negatif jika ada lelaki yang menyimpan rambut panjang. Rajin pula lelaki menjaga rambut mereka yang panjang itu kan? Bagaimana tip atau cara mudah untuk menjaga rambut ini agar tidak berbau dan kekal kemas? Jom, lihat tip ini. Basuh rambut setiap hari Lelaki cenderung berpeluh dengan banyak berbanding wanita. Apabila anda berpeluh, potensi rambut berminyak dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan boleh mengganggu hari anda. Anda disarankan membasuh rambut setiap hari untuk elak rambut berminyak, berbau dan menghasilkan kelemumur. Elak gosok rambut basah dengan tuala Sebaik saja anda membasahkan rambut, elak menggosok rambut basah dengan tuala kerana ia memudahkan rambut bercabang, mudah patah, tidak sihat dan kelihatan kering. Sebaiknya, biarkan rambut kering secara semulajadi dan lap dengan perlahan. Elak rawatan bahan kimia pada rambut Alat pelurus rambut bukan saja boleh membuatkan rambut lurus tetapi kering, tampak keras dan rapuh dan sukar untuk mengekalkan rambut yang lembut. Disebabkan itu, kebanyakan lelaki yang mahukan rambut lurus kelihatan kejung kerana pemakaian bahan kimia yang keterlaluan. Lakukan trim setiap enam minggu Salah satu tip terbaik untuk mengekalkan kesihatan rambut adalah dengan membuang rambut yang telah rosak. Memotong hujung rambut membantu mengelak rambut dari terus bercabang. Jika anda ke salun rambut, minta tukang gunting hanya memotong hujung rambut yang telah rosak. Memotong rambut secara teratur akan membantu pertumbuhan rambut yang baik. Elak ikat rambut terlalu ketat Memakai topi yang ketat atau mengikat rambut dengan getah yang kuat akan menyebabkan masalah traction alopecia iaitu kehilangan rambut akibat tertarik akar rambut tanpa sedar ketika mengikat rambut. Untuk elak rambut tercabut, pakailah topi yang tidak terlalu ketat dan ikatlah rambut dengan getah yang lembut dan longgar. Guna krim pelindung rambut Pancaran matahari bukan saja boleh merosakkan kulit tetapi boleh merosakkan rambut jika anda terdedah di bawah panahan matahari terlalu lama. Sinar UVA dan UVB boleh merosakkan rambut dan melunturkan warna rambut anda dengan mudah. Oleh itu, bersedialah dengan krim rambut penghadang cahaya. Pilih syampu dan perapi sesuai Membasuh rambut tidak memadai jika anda tidak merawat rambut dengan keperluan vitamin. Ketika membasuh rambut, urut rambut anda dengan hujung jari dan bukannya gosok dengan kuku. Jangan lupa peranan perapi dan sebaiknya basuh perapi dengan air sejuk. Penggunaan air panas akan menyebabkan minyak perapi terpisah dari kulit kepala dan tidak dirawat dengan baik. Biarpun anda tidak pandai menggayakan rambut panjang, sikat ke belakang atau sikat tengah sudah memadai. Namun, jika anda mengikatnya, ia menampakkan lagi kekemasan dan kelihatan seksi apabila wanita memandangnya. Sumber info : Maskulin
|
18
Bagus |
21
Marah |
12
Terkejut |
14
Sedih |
19
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT