CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nadia Brian Bengang Kena Tengking Sebab Tak Kenal Dengan 'Madam'

8-3-2023 11:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12890| Komen: 85

Nadia Brian kecewa dengan tindakan seorang peniaga pakaian yang menengkingnya di hadapan orang awam ketika menjayakan karnival jualan Starvendors di Johor Bahru, baru-baru ini.

Katanya dia tidak mengenali pengurus jenama pakaian Mariyah Holdings tersebut dan akan mengambil tindakan terhadap perbuatannya yang turut menularkan video berkenaan sebelum dipadam.


Nadia turut menyifatkan tindakan peniaga tersebut sangat melampau dan memalukan selepas memarahinya serta merekod kejadian terbabit demi sebuah content tanpa persetujuannya.

Foto: IG

“This is too much!!! Ambil video content tanpa persetujuan saya! Tengking-tengking saya tanya kenal dia tak, saya tak kenal! Ini memalukan saya, apa jenis content ni!

“Saya akan ambil tindakan! Sebab awak ada duit, awak boleh nak buat content macam ni? Gunakan maruah orang dengan percuma!,” tulisnya.


Nadia juga kesal kerana niat baiknya untuk berniaga dan mencari rezeki seperti ditindas oleh mereka yang pentingkan diri untuk membuat content.

“Saya datang sana untuk berniaga, mencari rezeki! Bukan dengan cara macam ni! Jangan menindas orang lain demi kepentingan diri sendiri walaupun banyak mana pun duit kita. Tak perlu lakukan macam ni walaupun sekadar content!,” katanya.

Difahamkan usahawan tersebut yang dikenali sebagai Madam Mariyah itu juga telah tampil membuat permohonan maaf dan kesal dengan tindakannya.



Menurut Mariyah, dia tiada niat untuk berbuat sedemikian dan tidak sedar tindakannya itu dirakam oleh pekerjanya.

“Kepada Nadia Brahim (Brian), kalau pasal video yang saya uploadkan dekat dalam TikTok yang budak-budak (pekerja) saya uploadkan tu memalukan awak, saya minta maaf.



“Jauh di sudut hati saya takda pun niat nak memalukan sebab saya pun peminat awak dengan lakonan-lakonan awak yang sangat hidup.

“Bila saya nampak awak secara live, saya sangat teruja dan saya tak tahu pula yang content karakter (creator) saya ambil video dan viral,” katanya. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kancilkering 8-3-2023 11:24 AM
ugly tul bergaduh kt tempat niaga ni….

org cine relax je niaga….

Quote red_velvet 8-3-2023 11:26 AM
Edited by red_velvet at 8-3-2023 11:27 AM

Wehh bagusss kalau nadia nak saman. Aku memang meluat tengok makcik ni. Content dia semua nak mengamuk,  nak menengking2.. dengan aliff syukri pun terjerit2 dia tengking si belut tu.  . Nasib la tok lip jenis muka tak malu n masuk air..  nadia dah bising nak ambik tindakan baru gelabah padam video... .. pandai pulak cakap elok2.... Dok salahkan content creator dia yg record n upload, konon dia x tau pape....  Membongak la ko makcik.. content creator bukan CONTENT CHARACTER  ..ADOOII .   dah la ko address nadia brian tu NADIA BRAHIM. Kata peminat.. apooo brahimmmmmmm...
Quote zuriey 8-3-2023 11:29 AM
Mariah ni mmg babi
Ckp terjerit2
Konten kepala kopek ko lah
Mcm org gile jerit2 maki pekerja bangla dia
Quote SherryZass 8-3-2023 11:49 AM
“Kepada Nadia Brahim (Brian), kalau pasal video yang saya uploadkan dekat dalam TikTok yang budak-budak (pekerja) saya uploadkan tu memalukan awak, saya minta maaf.

Minta maaf tapi sebut/tulis nama orang tu pun salah. lagilah heshe marohhh
Quote bynroslan 8-3-2023 12:10 PM
aii kata minat, mana datang berahimnya?
Quote cikatilia 8-3-2023 12:12 PM
red_velvet:    Edited by red_velvet at 8-3-2023 11:27 AM  Wehh bagusss kalau nadia nak saman. Aku memang meluat tengok makcik ni. Content dia semua nak mengamuk,   ...


ye aku suka dia kena saman

mmg selayaknya
semak betul keje maki hamun x tentu hala.. menjerit2 meroyan x kira masa
Quote Orix 8-3-2023 12:17 PM
vid dia kena tengking mn nk tgok ?
Quote she 8-3-2023 12:17 PM
Macik madam ni tak belajar PR ke
Teruk betul ayatnya
Kalah FK kacip

Nama Nadia tu betul ke Nadia Ibrahim?
Nak sebut Nisfu Syaa’ban pun tersasul

Dan bila minta maaf…sebut terus SAYA MINTA MAAF
MAAFKAN KESILAPAN SAYA
YE SAYA SALAH

Bukan bercakap menceceh2
“KALAU” awak terasa/anggap benda tu salah
Saya minta maaf

Dah jadi konsep
Sape suruh kau terasa
Aku rasa aku tak buat salah
Tapi sebab kau rasa benda tu salah
Aku pula kena minta maaf
Quote likilu 8-3-2023 12:26 PM
red_velvet replied at 8-3-2023 11:26 AM
Wehh bagusss kalau nadia nak saman. Aku memang meluat tengok makcik ni. Content dia semua nak mengam ...

Sengaja ni

Hahahaha
Quote Zaien 8-3-2023 12:27 PM
aku pun x kenan krjr dok nk hamun nk marah2 jerkah org cmtu
x kisah la ko buat sekadar konten tpi bingit n jem pala
Quote JunkMail 8-3-2023 12:55 PM
Malam seribu seribu Shaaban pun boleh makcikkkk..macam bodoh je madam ni.
Quote PuanAbby 8-3-2023 12:58 PM
Mana videonya
Quote Dzahin_poch 8-3-2023 01:06 PM
Boleh plak tone down suara ru.. ongt jenis nak memekik sepanjang hayat.
Quote izat123 8-3-2023 01:10 PM
Setan lah dia buat buat salah sebut Nadia Brahimmmm hahahha
Quote edoraixora 8-3-2023 01:11 PM
nadia brahim
content character
malam seribu syaaban

apoooooo????
madam ke hulu madam ke hilir
yuckssss
Quote olezzeli17 8-3-2023 01:16 PM
Otak madam ni besar badam kot. Tu yg ayat ntah apa2.
Quote red_velvet 8-3-2023 01:25 PM
PuanAbby replied at 8-3-2023 12:58 PM
Mana videonya

Tak dan orang nak save.. cepat je dia delete ..tapi dia pegang tangan nadia pastu tengking2 irang tu tanya kenal dia tak? Kesian nadia terpinga2 . Cakap tak kenal lagi kena tengking ... Sakit jiwa makcik ni
Quote keys 8-3-2023 01:29 PM
Kat kg aku ade makcik nama Mariyah. Tapi tua sangattttt
Quote Rogue98 8-3-2023 01:40 PM
Low class nye achik ni. Syok sendiri panggil diri tu Madam. Bahasakan diri saya jer dah lah...
Tengok muka pun tau lepas shooting sure dia maki hamun kat belakang camera.

Lihat semua komen(85)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 07:01 PM GMT+8 , Processed in 0.136667 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top